BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 31, 2012

Upset.



Lately, dah seminggu mak sakit. Ingat sakit biasa je, then lama lama tu tetiba je mak sesak nafas. Mak tak boleh baring, bila baring kejap mesti semput. Omygod, seriously aku kesian dgn mak. Pastu, mak terpaksa tidur cara duduk. EVERY NIGHT, kauorang sanggup mcmtu? Hurmmm, aku tidur dgn mak setiap hari. And aku tahu, mak asyik jaga malam je. Adoii, mana selesa doe.


Then, mama dah tak boleh tahan. Hari Jumaat hari tu mama hantar mak buat checkup dekat Hospital Sukhilmi, Senawang. Dr tu suruh masuk GH, pastu mama tak nak. Mama nak hantar dekat private. NS Chinese Maternity Medical Centre dekat Temiang, pastu rupanya mak punya Diabetes tinggi and paru paru berair. Start tu, mak kena tebuk dekat belakang sbb nak masukkan tube untuk keluar air tu semua. Then, diabetes mak dah turun.


Hari Sabtu buat scan perut and jantung semua. Mak ingat dlm perut mak tu ada mcm ketumbuhan je. Mama pun ingat yg sama, then bila dah keluar result petang tu. Dr dtg ward mak, Dr ckp dekat mak *You nampak sihat, jantung you pun okay takde masalah. Then, Dr pandang mama and ckp *I nak ckp dgn you dekat luar. Mama and makyun pun pergi jumpa Dr tu.


Aku and Syalina teman mak, kitaorg borak borak. Tunggu mama and makyun lama sgt, mak tanya *mano mama ni? Aku diam jelah, pastu aku tengok mata mak mengantuk je. Aku dgn Syalina diam and suruh mak rehat. Mak pun baring and tido kejap. Tetiba mama dtg, mak dgr mcm tapak kaki mama. Mak terus bangun, tanya mama yg Dr ckp apa. Muka mama relax je, pastu ckp yg perut mak cuma ada kuman. Tu je. Pastu, aku tak tau asal hati aku tergerak then ckp *Ni mesti mama tipu --' Mama terus keluar, tak tahu pergi mana. Aku stay berdua dgn Syalina temankan mak. Pastu, aku ckp dkt Syalina *Tunggu jap tau. Jaga mak.


Aku pergi turun Ground floor sorang sorang. HAHA, pastu carik mama sampai dpt. Finally, dkt luar dgn adik. Aku jalan laju sikit, hihi. Aku tengok mama and adik menangis. Omygod, ni pehal lah pulak en. Kan betul firasat aku. Aku tanya mama :


Me : Ma, kenapa ni?

Mama : Kak. Mak ada cancer kak.

Me : Adoiii, tipu lah. Kakak tengok mak sihat je. Dr ckp apa?

Mama : Dr ckp kemungkinan besar mak ada cancer.

Me : Ya Allah ma, belum confirm lagi kan? Dah mama jgn nangis then doa je.

Pastu mama masuk dlm terus carik makyun. Farees ckp makyun tgh nangis. Lemahnya saya. Hurmmmm, then aku tinggalkan Farees sorang. Aku pergi naik atas balik. Aku tengok mama and makyun tgh duduk dkt kerusi luar ward tu. Aku borak dgn mama and makyun semua. Then, Dr pakar wanita ni panggil mama. Aku pun ikut lah sekali, Dr tu tunjuk surat scan. Dia ckp yg mak kena ovary cancer, benda tu dah merebak dekat rahim and paru paru. So mcm mana nak buang? Memang tak boleh lah kalau kita nak buang semua kan? I nak transfer your mum pergi GH. Pastu, mama call papa. Papa ckp jgn hantar GH, tapi hantar dekat HUKM, Cheras. Pastu, Hari Ahad baru buat pemindahan.


Lepas dah jumpa Dr tu, makyun call paksu and atuk. Makyun pun silap time call atuk, atuk tgh makan then bila makyun ckp mcm tu terus hilang selera atuk. Kesian atuk, hurmmm. Paksu pun, aku nampak paksu tu apa je. Tapi, adoiii Allah je yg tahu :') Now mak still tak tahu lagi benda tu. Tak sanggup nak bgtahu, takut mak lemah nanti. Mama ada bagi mak minum satu ubat ni, ubat ni elok sgt. Dah berapa org kena cancer stage 4, bila minum ubat tu alhamdulillah dah sihat dah sekarang.


Tadi aku call mama, tanya mcm mana benda tu dlm perut mak. Mama ckp benda tu dah kecut, tapi kena buang jugak. Means kena operate lah kan. Takpe lah, yg penting kita usaha je. Then, doa and tawakal. Aku tak tahu asal rasa boring sgt. Dah berapa hari mama takde dkt rumah ni, teman mak dkt HUKM je. Yg uruskan aku and kembar siapa lagi kalau bukan papa and paksu. Hihi, pagi papa hantar then balik paksu jemput. Aku cuma harap yg terbaik je :)





p/s : family is everything.

Tuesday, January 24, 2012

Good times good times.

Sabtu, aku tuition petang. Yeah, physics. best juga :D Then, Ahad was the best day. lalalalalala ~


What a wonderful day, I spent much time with you lah kan? HAHA, thanks for eberything. Zarra lalalafiu. malam tu ada BBQ dekat nanny's. Yeah, Paroi lah. Cousins semua ada, dah lama tak jumpa diaorg semua :) Aku tak makan banyak, tak selera. Tak tahu asal, haha aku makan garlic bread dgn hot dog je. Ayoi and papateh yg tolong bakarkan :p Thanks! :D

Then, bila dah kenyang tu. Aku duduk sorang jap dekat dalam, tak tahu nak buat apa dah. HAHA, pastu cousies semua dtg lepak dgn aku. Ca and Na dtg, diaorg tanya *Farra dpt MRSM? aku geleng je :D HAHA, pastu Ayoi ckp psl video tidak tenang. Mmg tergelak lah aku time tu.



Aku ckp dekat Ayoi :

Me : Yoi, bukak lah Salleh Spiderman 2. Lawak gilaaa

Ayoi ambil hp dia.

Me : Salleh tu double L aw.

Ayoi : Haaa okay jap.

Me : Ha yg ni :D HAHA

Ayoi : Okay :D (pastu dia buat screen besar and tengok ramai ramai dgn cousies semua)


Mcm apa tah lawak dia, pecah perut doe kalau tengok. Hehehe, pastu mama ajak balik pulak. Kitaorg pun balik lah.


Harini jiran aku kawen, haha. Tahniah heh, dari semalam aku asyik dgr lagu dia je. Nasib lah siapa jiran sebelah dia :p Nasib baik aku depan rumah dia je, haha. Ni pun dah pening, kejap lagu dangdut, nasyid, jiwang then rock. Tu jelah en, haha. Sabar jelah. Semalam tgh main badminton dgn Farhan, jiran aku tu buka lagu dangdut. Pastu, aku gelek lah dgn Farhan. Aku ingat takde orang perasan. Pastu ptg tu aku ikut mama pergi rumah dia jap, tolong apa tah. Biasa lah, PEREMPUAN :p


HAHA, pastu aku ckp dgn mama yg aku nak balik. Sbb cerita NADA CINTA dah nak start. Then, mama balik rumah pukul 7.15 mcmtu. Mama cerita dekat aku depan family yg lain :


Mama : tadi makcik tu ckp dekat mama mcm ni "Sha, tadi akak suruh Mal bukak lagu dangdut, pastu akak perasan lah yg anak kau tu main badminton. Bilo dio dongar lagu dangdut, anak perempuan kau tu FARRA gelek kemain lagi.


Amboiiiii makcik, jgn lebih. HAHA, sy tak gelek betul betul pun. Gelek kayu je tu --' HAHAHA, malu gila wey. Farhan lah ni :p Tak pasal je, hihi.



p/s : keep secret :D

Saturday, January 21, 2012

Peace (Y)

Hilmi betul, dia ckp kalau perempuan dapat 7A's memang susah nak dpt MRSM sbb kerajaan lebihkan budak laki. Okay, fine --' Tak kisah pun, maybe sbb mama pun tak nak aku pindah mana mana. Suruh stay then ajar adik aku tu. Takpe, aku redha :p HAHA, congrats lah kepada sesiapa yg dpt SBP and MRSM. But, kauorg jgnlah terus bertindak mcmtu je. Fikir mana yg terbaik okay? (Y)


Semalam Zubair texted aku, dia ckp dia dpt SASER. Okay, congrats! Then, Syafiq and Isyraf pun dpt. Tapi yg pergi pun Zubair sorg je, haha. Yg lagi dua tu nak stay, tak tahu asal. Maybe dia lagi selesa stay kan. Tak kisah pun, hak masing masing :) Thaherah, Liyana and Suraya dpt SBP Seseri. Emy, Hilmi, Hamendra and asyraf dpt MRSM. Rezeki masing masing :D I'm happy for you guys.


Semalam merentas desa paling cool :p HAHA, lari dalam hujan. Best doe, tapi kasut memang berat lah. Penuh dgn air hujan then lecak lagi. Hadapi dgn penuh kesabaran :p Hihi, Balqis and Huda dah pancit awal dekat pagar sekolah. Tu belum sampai dekat Petronas lagi :D Aku panggil diaorg then diaorg ckp *Kalau kau nak lari, kau lari lah dulu. HAHA, okay thanks for the green light :p Then, bila dah sampai dekat kawasan pedalaman tu aku lega sikit. Sbb dah nak sampai mega then sekolah. Aku bersyukur sgt bila dah sampai dekat kawasan sekolah. Hihi, aku sampai je terus tunggu Balqis, Azie and Emira. Yg lain tu belum sampai lagi. Aku ambil bag then tukar baju and seluar trek. kuyup aku doe, pakai tudung pun mcm tak pakai je. HAHA, basah. Sabar jelah. Tapi lega lah, takde lah tak selesa kan.


44 pun jadi lah, sbb kakak F5 semua athlete tu. HAHA, mana boleh challenge diaorg. Tapi alhamdulillah sbb kaki aku tak rasa sakit pun, cuma lenguh je :D


Okay, saya dah start tuition. I'm sho happy :D Nanti kalau exam tak dapat score tinggi kena turun class. Pengetua bagi chance 3 kali exam, kalau tak dpt score tinggi "BISA MATI GUE" haha. Studysmart yeah (y) Weekends aku tuition Physics and Addmaths je. Hari biasa Chemistry, Bio and teras. Busy lah aku lepasni :p


Class aku daripada 36 dah berkurang pulak lepasni, sbb ada yg pergi SBP and MRSM. Aku kira kira 3 something yg nak pindah. Okay dah 33 org je. Sedih lah, hehe. Semua nak pindah, hurmmm. Takpe lah, move forward :)



p/s : NEW GIRLFIE (Y) annoying :p

Sunday, January 15, 2012

Again?

Okay, haritu dekat sekolah. Time sivik, patutnya cikgu Suzana masuk kelas, but dia kena uruskan rehearsal apa tah dekat dewan besar. Then, aku ni penolong kelas. Kena lah tanggungjawab untuk handle budak kelas masuk dewan besar tu. Nak jumpa cikgu Suzana, haha. Aku ckp dekat cikgu mcmni "Cikgu, kalau kitaorg nak duduk dekat BPA boleh? Cikgu uruskan lah dulu." Cikgu ckp "Boleh, tapi jgn bising tau. Nanti kalau sesiapa tanya ckp cikgu ada dekat dewan." Aku pun, alrightttttt :D HAHA, semua pergi BPA. Then, ada budak baru ni nama dia Dinesh berbangsa India. HAHA, dia panggil aku *Deylia, nak masuk kelas ka? HAHAHAHA, dah lah ramai dekat situ. Then, budak ni semua gelak je. *kurang asam -,-



Aku pun layan jelah, hahaha. Start pada tu whole class ejek aku *Deylia, Halia. Tu jelah yg aku dgr dari mulut diaorg. Dinesh lah ni yg starting dulu, menyirap je. HAHA, takpelah. People make mistake :D



p/s : ZARRA PHALIA pun boleh :p lafiu.

Saturday, January 14, 2012

Yeah -,-

Ada homework bio, chemistry and agama. Nanti nak buat lah, tak boleh tinggal lama lama :) HAHA, pagi tadi pukul 8.30 pergi sekolah sbb ada hias kelas 4 Durah. Theme class kitaorg purple and blue. Okay, memang penat. Ramai jugak yg dtg tadi, 12 something kot :p Then, cikgu ajak teman pergi Seremban beli kain yg tak cukup. Kain tu untuk papan kenyataan, selalunya ramai yg pakai kertas en. But, nak bagi tahan lama punya pasal so kain lah en :3 HAHA, memang penat. Balik pukul 1:30.


Kelas 4 Muhriz sweet gilaa doe, pink corour :p Semua pink, dinding pink, meja pink, langsir pink siap ada bunga :D I loikeeee. Class aku dinding biru, meja biru, langsir biru, papan kenyataan purple. COOL kan? :p HIHI


Capek dong.


Pindah? Tak? Pindah? Tak? Pindah? Tak? HAHAHA, poning den. Ikutkan hati tak kisah lah, asalkan baik. Tapi org sekeliling ckp "Tak payah pindah, sekolah dah bagus." HAHA, yeah patah semangat mau pindah :p Firstly yg ckp mcmtu, cikgu tuition aku dekat Rembau. Dia dah lama ckp mcmtu, sebelum aku PMR lagi. Then, time tu pun aku dah buat keputusan yg sama. Means, dah niat dah pun.


Pastu, ustazah Kamisah pun ckp mcmni "Nanti kalau kamu semua dapat result yg cemerlang, jgnlah pindah. Stay je pun dah bagus, sbb nanti buang masa je nak suai dgn kawan and cikgu. Kalau kamu stay, cikgu and kawan semua dah kenal awak. Jadi, takde masalah apa lah kan, tinggal awak nak kena focus dekat subjek form 4 je." Yes, ustazah dah semangatkan aku. Tu pun sebelum PMR jugak.


Tahun ni, aku tanya mama and papa. *Pa, ma kalau kakak nak pindah boleh? KGV ke mana ke. Then parents aku ckp "Tak payah pindah de, sekolah situ dah bagus kan? Nak menggatal pindah lagi." HAHAHA, see. Aku yg kena balik :p Semalam jumpa mak paroi, mak ckp "Kau tak pindah mana ke?" Aku jwb *Kakak mintak KGV je mak." Mak ckp "Alah, kalau kau tak pindah pun dah bagus." HIHI, yeee mak. ni dah sejuta org suruh tak payah pindah :p



p/s : We are ahead :p

Sunday, January 8, 2012

DotDotDot :D

Okay, hari Jumaat haritu. Tgh bahagikan kelas dekat dewan besar, then dah selesai semua. Syarir si pelajar account tegur aku :


Syarir : Farra.

Me : Haaa, apa? Hehe

Syarir : Untunglah sains tulen.

Me : mana ada untung :p

Syarir : Eleh, haha. Muka kau lawa mcm polkadots.

Me : Kau tak payah nak perli aku :(

Syarir : Haha, betul lah :D

Me : Okay, bukan senang nak dpt mcm ni :p HAHA

Syarir : Cantik position jerawat kau.

Me : Okay :p Kau memang mcm ni.


Syarir gelak besar, aku tak nak pandang dia. Sho annoying :p Esok ramai kot nak pindah, itsokay. Teruskan perjuangan anda :D Goodluck!

Friday, January 6, 2012

Had a good day :)

Alhamdulillah, aku dah dapat package 2 Pure Science. Aku kelas 4 Durah, aku tak ambil LK pun but ambil BIO. Tadi Sani and Zubair hasut aku ambil LK, okay. Aku nak ambil dua dua lah :p HAHA, tadi dah masuk kelas lega gila. Aku duduk depan sekali, then tengah sikit. Cikgu nak lantik ketua, penolong then lain lain. Mira suruh cikgu lantik aku jadi Penolong kepada Haziqh, okay then. Haziqh tu mmg tak serious lah en :p


Tadi lupa nak beli buku tulis time balik. Aku tak beli buku lagi, sbb takut nak pindah mana mana. But aku dah buat decision yg aku nak stay :') So, esok aku beli buku leee. Congrats to my friends!! Sbb dah berjaya memasuki kelas 4 Muhriz, 4 Durah and 4 Melewar. Yg lain tu, congrats jugak :D





p/s : flying kick or kiss :*

Sunday, January 1, 2012

What a great year.

Okay, mmg tak boleh nak upload dekat blog ni. So, terpaksa lah aku upload dekat youtube, mcm aku upload video menari tu. Penat menunggu wey -,- Alhamdulillah, dah selesai :) Watch it with a peace heart.





p/s : I hearts you deep deep :p