BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 31, 2012

Upset.



Lately, dah seminggu mak sakit. Ingat sakit biasa je, then lama lama tu tetiba je mak sesak nafas. Mak tak boleh baring, bila baring kejap mesti semput. Omygod, seriously aku kesian dgn mak. Pastu, mak terpaksa tidur cara duduk. EVERY NIGHT, kauorang sanggup mcmtu? Hurmmm, aku tidur dgn mak setiap hari. And aku tahu, mak asyik jaga malam je. Adoii, mana selesa doe.


Then, mama dah tak boleh tahan. Hari Jumaat hari tu mama hantar mak buat checkup dekat Hospital Sukhilmi, Senawang. Dr tu suruh masuk GH, pastu mama tak nak. Mama nak hantar dekat private. NS Chinese Maternity Medical Centre dekat Temiang, pastu rupanya mak punya Diabetes tinggi and paru paru berair. Start tu, mak kena tebuk dekat belakang sbb nak masukkan tube untuk keluar air tu semua. Then, diabetes mak dah turun.


Hari Sabtu buat scan perut and jantung semua. Mak ingat dlm perut mak tu ada mcm ketumbuhan je. Mama pun ingat yg sama, then bila dah keluar result petang tu. Dr dtg ward mak, Dr ckp dekat mak *You nampak sihat, jantung you pun okay takde masalah. Then, Dr pandang mama and ckp *I nak ckp dgn you dekat luar. Mama and makyun pun pergi jumpa Dr tu.


Aku and Syalina teman mak, kitaorg borak borak. Tunggu mama and makyun lama sgt, mak tanya *mano mama ni? Aku diam jelah, pastu aku tengok mata mak mengantuk je. Aku dgn Syalina diam and suruh mak rehat. Mak pun baring and tido kejap. Tetiba mama dtg, mak dgr mcm tapak kaki mama. Mak terus bangun, tanya mama yg Dr ckp apa. Muka mama relax je, pastu ckp yg perut mak cuma ada kuman. Tu je. Pastu, aku tak tau asal hati aku tergerak then ckp *Ni mesti mama tipu --' Mama terus keluar, tak tahu pergi mana. Aku stay berdua dgn Syalina temankan mak. Pastu, aku ckp dkt Syalina *Tunggu jap tau. Jaga mak.


Aku pergi turun Ground floor sorang sorang. HAHA, pastu carik mama sampai dpt. Finally, dkt luar dgn adik. Aku jalan laju sikit, hihi. Aku tengok mama and adik menangis. Omygod, ni pehal lah pulak en. Kan betul firasat aku. Aku tanya mama :


Me : Ma, kenapa ni?

Mama : Kak. Mak ada cancer kak.

Me : Adoiii, tipu lah. Kakak tengok mak sihat je. Dr ckp apa?

Mama : Dr ckp kemungkinan besar mak ada cancer.

Me : Ya Allah ma, belum confirm lagi kan? Dah mama jgn nangis then doa je.

Pastu mama masuk dlm terus carik makyun. Farees ckp makyun tgh nangis. Lemahnya saya. Hurmmmm, then aku tinggalkan Farees sorang. Aku pergi naik atas balik. Aku tengok mama and makyun tgh duduk dkt kerusi luar ward tu. Aku borak dgn mama and makyun semua. Then, Dr pakar wanita ni panggil mama. Aku pun ikut lah sekali, Dr tu tunjuk surat scan. Dia ckp yg mak kena ovary cancer, benda tu dah merebak dekat rahim and paru paru. So mcm mana nak buang? Memang tak boleh lah kalau kita nak buang semua kan? I nak transfer your mum pergi GH. Pastu, mama call papa. Papa ckp jgn hantar GH, tapi hantar dekat HUKM, Cheras. Pastu, Hari Ahad baru buat pemindahan.


Lepas dah jumpa Dr tu, makyun call paksu and atuk. Makyun pun silap time call atuk, atuk tgh makan then bila makyun ckp mcm tu terus hilang selera atuk. Kesian atuk, hurmmm. Paksu pun, aku nampak paksu tu apa je. Tapi, adoiii Allah je yg tahu :') Now mak still tak tahu lagi benda tu. Tak sanggup nak bgtahu, takut mak lemah nanti. Mama ada bagi mak minum satu ubat ni, ubat ni elok sgt. Dah berapa org kena cancer stage 4, bila minum ubat tu alhamdulillah dah sihat dah sekarang.


Tadi aku call mama, tanya mcm mana benda tu dlm perut mak. Mama ckp benda tu dah kecut, tapi kena buang jugak. Means kena operate lah kan. Takpe lah, yg penting kita usaha je. Then, doa and tawakal. Aku tak tahu asal rasa boring sgt. Dah berapa hari mama takde dkt rumah ni, teman mak dkt HUKM je. Yg uruskan aku and kembar siapa lagi kalau bukan papa and paksu. Hihi, pagi papa hantar then balik paksu jemput. Aku cuma harap yg terbaik je :)





p/s : family is everything.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.