BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 30, 2011

I miss you.

Aku mintak tolong dekat papa suruh applykan sekolah Seri Puteri dekat Cyberjaya. Okay, berserah jelah. Antara 5 buah sekolah tu, dekat mana rezeki aku pun aku tak tau :) Hari Isnin and Selasa aku puasa nazar then Khamis sambung lagi :D Rabu tak puasa sbb hang dgn Emy and the others. Pergi JJ je, tengok movie Suatu Malam Kubur Berasap :p Then, malam tu aku pergi lepak-ed mcD dgn kembar and adik Danish. Papa yg hantar kitaorg pukul 9, hihi. Pastu lepak-ed lama lama, then jalan jalan dekat satu Taipan tu sampai pukul 10.45. Papa jemput balik :)


Hari Khamis pulak, pergi main bowling dgn kembar, adk Danish and adk Alif. Had so much fun with them :) Even rindu gila dekat si DIA :p Hahaha, seriously looo. Main bowling tu best jugak lah, diaorg ckp besar :p Alif lah *Kalah, bayar lah :p HAHA, last dia yg kalah :D *gelak besar.


Hari Sabtu nak jumpa Syed pulak :') Patutnya hari ni, yeah. Ada hal punya pasal, adoiiiii. Ada je en, fine. Takpe, I'm so sorry k. Nanti kita spend time lama lama :)

Tadi dah beli baju sekolah semua, alhamdulillah settle. Aku tak beli bag pun, sbb aku sayang bag aku tu lagi. Bag tu banyak kenangan bagi aku dlm 2011 *sho sad. Hihi, dah form4 dah aku 2012 ni :D



p/s : SUPERMAN (Y)

Friday, December 23, 2011

ALLAH Maha Adil.




22nd Dec, pagi tu aku bangun pukul 6.45 a.m. Yes, mcm mcm aku nak settle kan pagi tu :) Papa dah keluar dari rumah pukul 9 a.m. Papa cakap *Kakak, dah sampai sekolah nanti call papa. Papa nak pergi jumpa kawan kejap tau. Me *Okay papa. Pastu, aku gerak dari rumah dgn mama and mak pukul 9.05 a.m. Mama singgah dekat gerai depan beli nasi lemak untuk kembar and cousin aku. Breakfast diaorg, time tu still membuta lagi :D HAHA, then hantar dekat rumah. Lepas dah settle semua, baru gerak pergi sekolah. Aku sampai sekolah tepat pukul 9.40 a.m. Tapi mcm takde orang lagi, so mama drive pergi Megaway. Mama and mak nak breakfast dekat situ. Aku tak makan pun, sbb sakit perut. Aku memang mcmtu, bila nervous mula lah sakit perut :p HAHAHA


Pastu memang ramai lah yg text aku pagi tu, bukan tanya result but tanya dah sampai belum :p Hihi, Emira, Faryn, Qis yg text aku. Then, diaorg semua on the way. Qis texted aku, dia cakap *I saw you with you purple Baju Kurung. Aku reply *Malunyaaa, cantik kan baju aku? :p HAHA, langsung tak reply. Then, pukul 10 a.m papa called aku *Kakak dekat mana? Papa dah dekat dalam dewan ni. Aku cakap *Okay pa, ni on the way dah. Time tu hujan, well, hujan rahmat :') Hoho, basah bajuku :D


Aku dah sampai sekolah, mama parking dekat depan kantin sebelah kereta papa. Then, aku pun turun, tengok dah ramai kawan aku dekat depan dewan tu. Papa pun ada :D Hihi, papa saje nak kenakan aku *Kakak, papa dah dapat result kakak. Apa ni? 6A je. Aku pun cuak, but still boleh gelak and cakap *Mana? Tak payah lah pa, hehe. Then, mama, papa and mak dah masuk duduk dalam dewan. Aku lepak dgn kawan kawan dekat luar then ambil gambar :D


Pastu, makin ramai yg dah dtg. Papa dah lama tunggu then cakap *Lamanyaa, papa pergi Ampangan jap. Nanti papa dtg balik, tunggu tau. Aku pun *Okay pa, cepat sikit :D Dlm 20 minutes, papa dah dtg balik. Kesian papa, baju basah kena hujan. Hihi, tapi still belum mula lagi majlis tu. Tunggu punya tunggu, cikgu Burn pun masuk then ucapan dekat depan. Pastu suruh laki ambil kerusi dekat belakang dewan untuk parents semua. Then, ramai laki yg tak tolong. Cikgu ckp *Mana semua laki ni? Tak gentleman lah kamu. Aku tergelak je dgn mama and papa. HAHA, then dah settle semua. Baru lah start, pukul 12.20 p.m. Saat yg mendebarkan :')



Pengetua bagi ucapan semua, STAD meningkat tahun ni. 26 org yg straight A's, tahun lepas berapa tah. Hihi, pastu dah habis ucapan. Cikgu Burn ckp *Diminta Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Hamidah Bt Burok untuk menyampaikan slip keputusan PMR untuk 8A dan 7A kepada pelajar. 26 org 8A, 24 org 7A. Kebanyakan yg dapat 8A tu melayu lah, tapi 7A memang cina yg pegang :p Dah masuk turn 7A tu pulak, aku dah start berdoa doa and doa. Aku ckp, habislah lagi 4 org je lagi ni. Budak kelas Durah memang ramai lah kan. Then, papa ckp *Mcm mana ni kak? Aku jwb dgn tenang, *Takpe pa, ni kelas Durah lepas ni kelas kakak pulak :') Pastu tetiba nama Khairun Izzati dah sebut, pastu aku mmg terkejut gilaaaaaa lah kan, sbb aku sama sama study dgn dia dari awal tahun sampai PMR. Then, Mira pandang aku and ckp *Farra nama kau bawah dia ke atau atas dia? Aku ckp *Belum, nama aku bawah dia :') SUDDENLY, NURFARRA DHALIA 7A. Papa terus tarik aku then kissed kepala aku. Papa duduk kanan, mama belah kiri. Mama peluk aku pulak. OHMY!!!!:'D Aku puas nak tahan nangis tu, but I can't :')


Dah naik stage, salam pengetua. Dia cakap *Dhalia, mcm mana BI awak B ni? Takpe, tahniah k. Aku pun *Terima kasih cikgu :') Aku salam semua cikgu sekali. Then, terus pergi belakang stage cari Zaty, aku peluk dia. Aku cakap *Ya Allah Zaty, aku tak target ni pun. Ahamdulillah, aku target 6 je :') Zaty ckp *Takpe Farra, jgn sedih k. BI kau dgn aku sama B, hehe. Thanks sbb dah ajar aku semua sekali. Aku cakap *Takpe Zaty, kita sama sama nak cemerlang kan? :') Lepas tu, ambil gambar dgn pengetua semua dekat atas stage.


Pastu, aku pergi dekat papa, mama and mak. Aku meraung dekat situ jugak. Papa ckp *Takpe kak, ni dah okay sgt dah ni. Bagus kakak :') Aku pun, UWAAAAAA!! :'D Mama and mak nangis, but papa cover je :') ILOVEYOUSOMUCH MA, PA!! Pastu cikgu Tajol suruh pergi depan dewan, ambil gambar untuk budak 8A and 7A, ambil gambar lompat. HAHA, yeah. Aku duduk belakang budak laki, memang tak nampak.
Aku bersyukur sgt sgt :') To my cousies, congratulations yeah! :



Ammar Effendy - 6A's 2B's

Alyssa Batrisyia - Straight A's 8A's

Nabihah Mustakim - 5A's 3B's

Izzat Nordin - 8A's 1B


To all my friends, congratulations! Kauorg tak gagal pun, kauorg lulus :) Aku nak kauorg terus bersemangat for the next step. Aku sayang kauorg sgt, semalam time balik nak jumpa kawan aku. Tapi muka diaorg menakutkan :p So, aku tak nak kacau mood kauorg. Please, be happy. Ni bukan last, okay? Kita ada peluang lagi. Aku tak nak tinggalkan kauorg. YOU'RE THE BEST IN MY LIFE!!! Hargailah keputusan yg kita terima :')

Wednesday, December 21, 2011

22nd Dec 2011

To all my buddies, form3 students. Good luck for tomorrow, kita dah usaha sesungguhnya kan? :D Kita berdoa je kepada yg Maha Besar okay? Kita berserah je, hope kauorg dapat keputusan yg cemerlang and keputusan yg dapat menggembirakan parents kauorg then untuk diri kauorg sendiri yg dah usaha gilaa punya. Actually, aku sayang kauorg semua, kawan :) Rasa mcm nak lari je esok, tapi nanti mesti tak dapat jumpa kawan kawan. So, kita tak boleh nak lari lah kan? :3



p/s : Wish luck to you all guys, much love from me, FARRA DHALIA ASRI :*

21st Dec :)

I'm lucky to have you :) Nak tahu lagi? Mana boleh :p HAHAHAHA


p/s : iloveyou! :3

Sunday, December 18, 2011

Supermannnn :)

Semalam pergi Pavilion dgn cousins. Pergi dekat kedai SUPERHEROES, yeah semua baju Superman and Batman. Geram gilaa aku tengok, tshirt dia pun dah 100 and above. Cap dia RM99 :O Tunggu banyak duit baru boleh datang tengok :p HAHA, i loikeeee :D Nanti turun KL lagi, diaorg ajak main futsal then pergi Sunway Lagoon. Hahaha, memang banyak lah masa nak pergi en, lama lama sekolah pun dah buka. Takpe, take time kan. Nina pulak tak habis habis dgn Aaron Aziz dia, dia ajak kitaorg semua turun Dataran Merdeka time malam. Sbb Aaron Aziz ada event apa tah. Hihi, nanti lah ya Na!


Aku nak tergelak je semalam, cousin aku, Mubin called aku.


Mubin : Farra, you dekat mana ni?

Me : Dekat Pavi, you tak boleh turun?

Mubin : Tak, I dekat rumah my dad. Dia tak bagi, if I dekat mum's boleh lah. You buat apa dekat Pavi, dah lah barang dia semua mahal mahal. Banyak mat rempit pulak tu. Heihh, you ni.

Me : Hahahaha, saje jalan dgn diaorg semua. *Nina ckp BOYAN pun ada :p

Mubin : Hehe, if kita jumpa malam ni boleh? Dekat OU.

Me : Its up to you, nanti apa apa call I.

Mubin : Okay, you guys take care!

Me : Alright, bye.

Mubin : Bye.


Last, langsung tak jadi :p Hahaha, next time yeah xD

Had a great time!

Thanks ya, cousins! Had fun with you ouls :p Hoho, malam semalam tak tahu nak buat apa. Pukul 11 tengok cerita hantu, Flat 3A dekat living room. Tengok ramai ramai, tapi tak focus pun, hihi. Aku, Nina and Farees main lappy. Farhan main iPad, Sha and Ayoi main handphone. Hoho, cerita dia slow gilaa lah. Dah bosan, Shasha pun penat, dia baru je lepas operate perut dia. Sbb accident yg tahun lepas tu, she must get more rest. Then, dia ckp *Kauorg nak tengok cerita ni lagi or cerita hantu lain? Cerita Hostel nak? Kalau nak, tengok dekat bilik Ayoi, seramm sikit :p Hahaha, semua terus naik atas.


Then, dah buka cerita Hostel. Semua takut je, langsung tak tengok terus :D Yg lain still buat hal masing masing, aku pun skype lah en. Bila aku blaaa bawak laptop pergi bilik sebelah, mesti diaorg senyum dekat aku. HAHA, dah faham dah :p Malam tadi tido pukul 1 a.m.


Pagi tadi bangun pukul 6.30 a.m. Ayoi yg kejutkan *FARRAAAAA bangun! Hihi, thanks Ayoi xD Tapi aku sorg je yg bangun, yg lain still tido. Ayoi pun sama, kejut org then dia yg tido -,- HOHO, pagi tadi breakfast nasi lemak and rendang ayam. Mama Malis belikan. Then, papa Dino and mama Malis hantar aku and kembar dekat station Bank Negara. Gerak pukul 12.20 p.m sampai pukul 2 p.m.




p/s : Thanks cousins, mama and papa Dino ;D *imissyoufriends :')

Saturday, December 17, 2011

Full pack :p

Semalam tido lambat, sbb tak dapat tido. Tak tau asal, RINDUUU kot :( HAHA, rindu Seremban Selatan. Nak balik wey, hoho. Semalam tido pukul 2.30 a.m. Pagi tadi bangun pukul 7 a.m :) Mandi then terus pergi breakfast mee kari pukul 8.30 a.m, hihi. Pastu pergi pantai Telok Chempedak xD Angin dia kuat gila, haha. Balik KL pukul 12, but sebelum tu pergi rumah org org tua dekat Temerloh, Kg Bangau. Hehehe, best gilaaaa. Papa Dino hantar nasi lemak berapa bungkus tah tadi, kitaorg tlg bagikan. Good time!


Terus balik KL, then sampai je aku terus mandi. Sakit pale wooo, kena hujan. Hihi, then dah settle semua. Pergi Pavi pulak, pukul 3 p.m sampai maghrib. Ingat nak ajak cousins aku dekat Subang, Ammar and Aniq. But diaorg ckp takde duit. Hoho, yelah Ammar :p Penat dah berjalan, then pergi dinner dekat Taman Dagang. Aku tak makan pun, yeah tak selera :D


Cousin aku, Sofiena nih memang annoying gila. Tak tau apa penyakit dia nak stalker phone aku. Then, dia pergi text someone nih, pastu gelak sorg sorg. Adoiii, menyirap je aku -,- Mengong lah nina! HAHAHA, geram wey. Terus bad mood sampai sekarang. Now dah okay dah :) Dia pujuk aku panggil 'UCUK'. Nonsense lah Na! :p To superLALALALA *I'm sorry :( LOVEYOU!


Tak sabar gila nak balik esok, rindu semuaaaa :'(



p/s : mmmmuuuuaaaaahhhhh! :* Hihi

Friday, December 16, 2011

Key Eel :p HAHA, Kualalala Lumpur

Semalam pergi KL naik komuter, yeah, sbb papa busy then mama takut jam. Aku naik dgn kembar je. Gerak pukul 3 then sampai station Bank Negara pukul 4.30. Shasha ambil dekat station Bank Negara dgn Sara :) terus balik rumah dia dekat Kg. Pandan. Lepak dgn diaorg semua then malam tu online kejap :p Pastu skypeeee! Hihi, aku ckp dekat diaorg *Jap eh, Farra nak skype :p Hihi. Then, diaorg ckp *Ohhhh, hahaha. Okay, pergi skype dekat bilik Ayoi :D Hahaha, shyshyshy. Okay then, aku pergi bilik Ayoi. Pastu, Ayoi masuk then, dia tahu aku tak dgr skype. Ayoi bagi earphone dekat aku. Thanks Ayoi! xD Then, skype lama lama. Tapi ada je gangguan :( So sad, hihi. Takpe, then cousin aku Shasha tinjau and ckp *Amboi, hehehehe. Aku pun senyum jelah, haha.


Pastu, si Zozol ni gelak sbb apa tah. Aku pun cakap lah *Tak payah lah gelak :D HAHA, kebetulan Nina tinjau then perli aku *Tak payah lah gelak, hahahaha :p Aku sabar je dgn Nina ni :) Then, Sara yg dari toilet, dia pandang aku then senyum. Aku pun ckp *Yes? :D HAHA, Ayoi pun masuk bilik and ckp *Takpe, Farra skype dulu. Dah ngantuk nanti tidur k :D Aku pun okay! Terus skype sampai 1.30 a.m. Sbb battery low :( So sad! HAHA, next time skype lagi :D Then, aku masuk bilik Shasha, tengok semua dah tido, Shasha and Ayoi je yg belum. Pastu, aku pun tido then ckp *Goodnight Sha, Ayoi :D


Pagi tadi alarm bunyi pukul 6.30, then mengantuk gila sampai tak bangun solat subuh. HAHA, qada' je nanti :) Sedar pukul 9 a.m, bangun terus mandi. Yg lain still dlm selimut :p HAHA, aku terus buat rambut sampai pukul 10 a.m. Curlyyy maaa :p Sbb jap lagi nak pergi Kuantan, tido sana. HAHA, then mama call. Adoii, rindu mama :'( Hoho, esok balik lah :D



p/s : Have you ever seen such a beautiful night :*

Promises :)

Bestie ever :') Noramaleena Binti Firdaus Lee, call Cheche :) We've been friends for 5 years same goes to Nurul Mardhiah Binti Kamarudin. They're SJ2's :) The school that I always keep in my mind. Actually, ramai lagi kawan baik aku. Che, Madee, Mas, Eyman, Nab, Armi, Syu, Naufal, Syed, Ijat, Ejat, Mizan, Eg, Ungku, Hanafi and the others. Even though, aku dah jauh daripada kauorg semua means dah tak rapat mcm dulu, tapi bagi aku kauorg still kawan baik aku sampai bila bila. For 2 years, kita dah sama sama buat nakal dalam satu class then satu sekolah. Mana boleh lupa doe, seriously tak boleh. Yeah, memang salah aku sbb pindah dulu. Aku takde niat pun nak gantikan org lain dekat tempat kauorg. Serious takde, aku menambah kawan ada lah :) Seramai mana pun kau tengok aku kawan dekat tempat baru, tu tak bermaksud yg aku dah tak ingat dekat kauorg. Ada satu hari tu, dlm class 3 Melewar. Aku tgh duduk sorg, yg lain tgh jadi BERUK jap. HAHA, well, standard lah bila takde cikgu dlm class en, semua nak keluar masuk class. Time tu tgh tunggu Cikgu seni aku masuk, Cikgu Nazri :p Hoho, aku buka Sketch Book aku, then, aku buat tulisan jenis gravity, aku tulis nama kauorg semua. Then, aku ingat lagi, time tu, semua dtg dekat tempat aku, diaorg tengok apa yg aku buat. HAHA, nak tergelak je time tu. MALUUUU :p Lalat tetiba je tanya "Ni nama kawan kau dekat sekolah lama?" Aku pun ckp "a'ah, aku rindu dekat diaorg :')" Then, budak budak ni ckp "ramainya kawan kau, Farra :D" Aku pun senyum je, yeahh. Ni lah dia kawan aku selama 5 tahun, dari sekolah rendah lagi. Tak pernah nak serious dalam class time belajar. Aku buat decision untuk pindah pun sbb tu jelah. Hihi, kauorg tak ganggu aku pun, cuma aku tak boleh dekat sikit dgn kauorg, nanti aku kacau kauorg. Kan Madee? HAHA, kau sendiri tahu mcm mana aku kacau kau kan? :p Sumpah gila gila otak kauorg semua, now PMR dah habis. Next step, SPM :) Aku dah mula fikir, takkan aku nak habiskan masa sekolah aku dgn takde kawan yg gila gila mcm kauorg kan? Tak best lah :D Jujur, I miss the old time with you all guys. Aku rasa mcm nak repeat je masa tu semua :')


Bestie ever :) Yuza Shahera, yes, Shera :D HAHA, aku dah kawan dgn dia 5 years jugak, tapi dia dah pindah Johor. Dia terbaik bagi aku, kalau aku ada masalah apa pun, aku open je dekat dia :') She's a good listener actually. Iloveyou!


Guys, semua kawan kawan aku. Aku nak mintak maaf sgt if aku memang dah buat kauorg sedih then terasa. Aku takde niat apa pun, aku still Farra Dhalia dulu yg kauorg kenal then suka complain :p Aku nak kauorg tahu yg aku sayang sgt dekat kauorg semua. Armi, nanti tlg jgn block aku lagi heh? :) Nanti tak dapat lah kita lepak mcm dulu, kau naik fixie dgn Ijat R lepak dekat rumah aku, then cerita problem kau. Hihi, kelakar jeee.



p/s : Always in my heart ;)

Tuesday, December 13, 2011

Ombak Rindu :)

Yeah, boleh tahan cerita dia :) Same as Lagenda Budak Setan, tapi LBS lagi best kot :p Hihi, seriously looo. Thanks for that day, lalalalalaviu :)


I need someone to listen me, yes, maybe its you. IMISSYOUALREADY, I can't stand by this problem anymore. Hurmmm, susah nak cakap en :') So sad. SABAR JELAH, but sampai bila eh? :)




p/s : missyouuuu :(

Friday, December 9, 2011

Lolololololololololo :p




Yeah, whole day lepak dgn adik Alif je. Hoho, Paan dah lama lepak dgn dia. Then, Paan tido, kitaorg pulak yg layan dia. Makan, then ambil gamba :p Lama gila tak jumpa dia and Danish. Danish time ni, pergi Pangkor. Dia jealous, hihi. Next time ya! :D

p/s : iloveyou lalalalalalala.

Monday, December 5, 2011

Keep strong :')

Yeah, aku mmg tak suka nak ckp banyak and ckp lebih. So, bila dah tegur sekali tu, pleasee hormat sikit okay? Tu je yg aku mintak, aku tak mintak lebih pun -,- Tak susah en? :) *SABAR je ni :D I'm still respect you. Aku tak mampu nak buat benda lain lagi dah :) Tak marah pun, but geram jeeee -,- Yeah, rasa nak give up pun ada. But, I can't :') Still ingat org lain lagi. HOHO, tak boleh nak bawa berbincang langsung en? Sedih doe. Tolong lah faham perasan org yg terdekat. Mana tanggungjawab kau? Aku mohon sgt, biar kau sedar then berubah jadi manusia yg sebenar :') Please, do it for us. Kalau dah dua dua tak reti nak ambil tindakan, mcm mana? Sampai bila nak berterusan? Please be serious man! Kesian sikit dekat kitaorg.


p/s : so sorry, we can't do anything. but we still can pray to Allah. please, buat keputusan yg terbaik.

December ;)

16 days to go yeah ;) Budak UPSR 2012, Syalina dah start study. HOHO, good then. Semalam teman dia study dalam bilik. Then, ajar dia maths. Farees pun dah start study semalam, Farhan je heboh dgn game dia. Ya Allah, kau sedarkanlah Farhan :D Hihi, esok diaorg dah start tuition. Cikgu yg sama ajar aku dulu, awwwwh. Rindunyaaa :') Please jgn sia siakan ilmu yg cikgu tu bagi. Mmg senang nak dapat A+ :) Ramai cousins aku yg ambil exam tahun depan, 6 something :) Good luck 97's baby :)


Pening aku wey, results bila keluar heh? 14? 23? 26? Ada yg ckp 14, aku rasa 23. Tapi cousin aku ckp 26 -,- Mcm tak bagi ambil result jeeee :D Hehehe, saya nak ambil. Nanti dapat jumpa kawan, rindu gilaaa dekat diaorg :')

I'm happy to help you, ILOVEYOU! :p

p/s : We wish the best for something. Harap tali tu bertambah panjang mcm rambut saya, tapi lebih lagi :p HOHO

Thursday, December 1, 2011

3P1's :)

Thanks for the enjoyable day, yesterday! Penat je menunggu masalah teknikal dekat bowling tu. Heihh, dah tahu kena repair, nak buka lagi. Sabar jelah, main dua game je semalam. Aku dah nak leading dah first game tu, tapi dah buat hal :( Sho sad, sayang je wey. Then, terus masuk second game, aku leading 99. Seriously, lane dekat Jusco tak best. Seremban Parade best :D Tak tengok movie pun semalam, then, pegi makan dekat KFC. Happy to meet you all friends! Love ya :)


p/s : the best skype, MEON :p

Tuesday, November 29, 2011

At last......

Semalam borak dgn papa and mama,


me : nah pa, ni surat yg exam MRSM tu. Dekat MRSM TGB.

papa : okay, esok papa tak dapat ikut sekali. Mama je yg hantar kakak okay?

me : hurmmm, yah. okay.

mama : dekat mana ni? Jasin? jauhnyaaa.

me : yeah, sekali sekala je ma :D hihi

papa : elok lah tu, nak kena gerak awal lagi.

me : hihi, best pe :p ma, nanti beli roti aw. untuk rehat.

mama : okay :)

Sumpah, malam semalam rasa berat je nak pergi ambil exam dekat MRSM TGB. Malas gilaaa wey -,- Tapi, berkorban lah sikit en :) Semalam tido pukul 12.30, lepas dah settle iron tudung and pasang tali kasut sekolah yg suci tu :p HAHA, mama set alarm pukul 5.30 am. Aku pun bangun lah, mengantuk gila doe. Sabar jelah, then gerak pukul 6.15 am. Awal gila, mama ikut jalan Ayer Keroh. Aku breakfast dalam kereta je, hoho. Makan roti choc. Mata dah lebam -,- Tak tahu asal mengantuk gila *mcm tak bagi ambil exam :p Hahaha, sampai MRSM pukul 7.45 am. Aku ingat exam start pukul 8.30. But, tu taklimat pulak -,- Boleh tahan lah ramai dia, patutnya 75 but yg dtg 59 je. Aku sorg je dari NS, haha. Yg lain dari KL, Selangor, Johor and mana tah. First, rasa mcm bosan. Sbb budak dia semua NERD gilaa. Then, lama lama dekat situ best lah pulak. Ada dua org kembar perempuan ni dari KL, sho cute :) Hihi, aku senyum dekat dia. Then, dia pun senyum balik. Awwwwhh :D

Dia bahagikan 2 group, aku punya group kena pergi makmal komputer yg dekat bawah. Memang tak boleh nak dekat lagi lah en? Penat kaki berjalan, hihi. Best lah class dia, tak ramai student ;) First exam, maths pukul 9 am till 10.15 am. Guna PC lah en, not bad soalan dia -,- Aku target 30 je boleh dapat, hoho. Then, rehat 15 minit. Aku berjalan lagi pergi dekat mama, jauh weyyy :p Then, pergi balik dekat makmal pukul 10.27 am. Ada sorg aunty ni ckp *dik, diaoorg dah on PC. Cepat sikit. Aku pun jalan lah laju laju en ;p HAHA, dah sampai situ, ada sorg cikgu laki ni nama dia Zainal. Dia ckp *Cepat sikit, mana yg lain? Aku ckp *Ada dekat atas lagi. Then, dalam aku tgh kelam kabut tu, boleh lagi cikgu tu tanya *Sekolah mana ni? Aku ckp *Tunku Ampuan Durah. Then, dah buka kasut, tengok tengok semua budak dari makmal tu keluar. Pelik pulak -,- Tak jadi ambil exam heh? :p Hahaha, cikgu tu tanya *kenapa keluar ni? Diaorg ckp *Tak, PC buat hal. Aku pun *OMYGOD! cikgu tu pulak ckp *Lama ni, dalam masa setengah jam baru siap. Kitaorg pun, heihh! HAHA, penat menunggu.


Pukul 11.15 masuk then ambil exam science, hoho. Loikeee, senang! HAHA, ikut secara logic lah en soalan dia :D 50 soalan dia bagi, masa 1 jam je. Patutnya balik 12.20, then cikgu ckp *Siapa siap awal, boleh terus balik :) Weeeee, aku terus buat cepat cepat. Tapi focus lah en, dah settle science. Exam keperibadian pulak, pasal DIRI SAYA :p Hahaha, 100 soalan. Semua kacang :p Then, baru lah boleh balik. Aku org yg kelima kot boleh balik. HOHO, then aku duduk luar dgn cikgu Zainal tu. Gomar lak dia borak dgn aku. HAHA, aku tgh simpan barang dlm bag then pakai kasut. Dia ckp *muka mcm budak Form5. Aku pun *amboiii, jgnlah. Saya muda lagi ;p HAHA, cikgu tu best, baik! Pastu, ada cikgu perempuan ni dtg and ckp *NurFarra Dhalia, ni slip awak. Aku ambil then ckp *Terima kasih :)

p/s : lega gue :p


Monday, November 28, 2011

D to the A to the Y :)

Halolololo :p Jumaat tido Paroi, sbb atuk dekat KL then mak tinggal sorg je. Sabtu pergi Rembau, ada org kawen. Yeah, mak punya cousin kot :D Aku hentam je pakai kebaya then buat sanggul baik punyaa :p HAHA, not bad lah kenduri kawen dia. Ahad pulak pergi kenduri kawen dekat Sepang, yeah! Someone picked me up, pity you. I've made trouble to you, so sorry :( I wore pink Kurung Kedah :) Loikeee it, hihi. Thanks for everyone ya sisters, aunties, cousies and all of you, love! Thank you so much to you okay ZOZOL :p Sukaa je panggil eton kan? Sedap nama tu, haha.

Wey, esok kena ambil exam dekat Jasin, Melaka :( Omygod! Emy and the others ajak pergi Jusco esok. Aku kena dtg lambat sikit lah, boleh? :( Then, Rabu nak jumpa 3P1's :D yeayyyy! Spend more time with them! See ya all!

p/s : seronok. HOHO





Sunday, November 20, 2011

My days :p

16th November 2011 :)

Time tu, Farees ajak aku tengok dia practice tarian. Tengok je yg aku mampu :) HAHA, 4 jenis tarian dia practice untuk buat show. first, piring. second, joget. third, bollywood. fourth, dangdut :p HAHAHA, memang aku tengok pun tergamam kejap -,- Org tu nak 4 org penari, perempuan lagi sorang je takde. Aku ckp *Budak STAD en ramai, kau panggil jelah. Farees ckp *Ya, tapi diaorg dah balik rumah diaorg dekat Gombak lah mana lah. Then, ada yg dah tak nak menari. Adoii, aku pun ckp *Jgn suruh aku masuk sudah okay? Shera *Haaaa, please Farra. Kali ni je. Farees pulak *Please kakak, ni last. sorg je lagi ni, pleaseeee. Aku pulak *ALALA, banyak doe. kalau aku keras mcm mana? Dah lah esok show diaa -,- Shera *Alaaaa, takpe. Ni show je, org tak perasan pun. Mama pulak *Kali ni je okay kak? Aku dah speechless -,- Fine, kali ni je. Sumpah, terseksa gilaaa :'( Sakit badan aku lompat sana sini. Especially tarian Bollywood tu -,-


15th November 2011 :)

Yeah, tarikh tu class aku buat jamuan dekat Lake Garden Seremban and Birthday Party si Putera Katak, hahaha. Amir Najman lah, not bad lah. 30 something je yg datang. Ada KFC, Pizza Hut and banyak lagi. Mcm mcm game lah diaorg buat, seriously semua merepek -,-


11th November 2011 :)

Aku sekolah mcm biasa je pagi tu, hari Jumaat. Then, petang tu hang dgn Superman :P haha, Seremban Parade. Makan then main bowling. Thanks for that day, I had so much fun with you <3 LALALALALAlapchu :)


18th November 2011 :)


Birthday Amirul Haziqh, haha. Budak 3RK2, sorry. Sumpah, aku lupa tu birthday kau. Time ambil results nanti aku bagi present :p Tak ramai pun yg dtg pagi tu, HAHA. Bosan gila doe, time tu lepak-ed dgn Qis, Mira, Faryn, Afiq and abg Pacak. Then, Qis ajak aku pergi main bowling dekat Parkson ptg tu. Emy, Zubair, Isyraf, Syafiq, Qamarina and 3 others join sekali. HAHA, aku pun pergi jelah en. Ptg tu sumpah pipi aku sakit gila, bengong je Zubair and Emy. Buat lawak apa tah -,- HAHA, thanks ya friends! First game aku leading 122, then second game 111 :) Turun 11 jeeeee :p HOHO



I wanna meet my SJ2ian's :') Pleaseeeeee, I BEGGING YOU :p
p/s : you're mean to me :D

Wednesday, November 9, 2011

Dance as children :p

HAHA, yeah. Semalam aku tak sekolah pun, then Farees dekat sekolah tgh rehearsal. Dia called aku, dia suruh aku masuk menari sama sama. Aku ckp *Tak nak ah, kau gila apa. Malu lah aku, dah lah aku KAYU -,- Then, dia dah fed up. Dia suruh Shera ckp *Wey Farra, kau wajib kena masuk. Kau dtg sekolah sekarang ni jugak. Aku ckp *Hurmmmm, ala. Malu doe, sekarang dah pukul berapa pulak, pukul 12.30 dah. 1.20 dah nak balik, memang kabut lah aku nanti. Shera ckp *Tak, kitaorang kena rehearsal sampai 5.30. Okay then, kau nak sgt aku dtg, aku dtg lah dgn baju orange STAD. HOHO, agak ramai dlm dewan tu. Sumpah malu, eventho rehearsal je pun. Aku ckp dekat diaorg semua *Aku tak nak masuk, seriously aku malu okay? Then, diaorg ckp *Hurmmm, takpe Farra. Nanti kita pakai topeng lah. Takde siapa nampak kau. Aku pun *Betul ni? Okay lah :( Hihi, paksa wey budak ni -,- Practice punya practice, at last alhamdulillah dah pass! :) Hahaha, tadi berdebar gila nak mati -,- HIHI, it was the first time for secondary school. Tapi, time dah masuk stage tu entah apasal aku tiba tiba je jadi macam dah PRO gila. Means, tak kabut langsung. Padahal, belakang stage tu dah nak pegi toilet berbagai :p HAHAHA, anyway thanks kauorg sbb bagi kerjasama yg hebat gilaaaa :D Shera ckp *Farra dah pandai menari, tahun depan boleh masuk STAD punya group. Oh okay, senangnyaaa kau ckp, aku tak PRO macam kau :p HAHAHA, nanti saya upload vidoe :)

Thursday, November 3, 2011

Redha :p

Semalam tak sekolah, then takde kerja, pegi dapur. Tengok tepung mcm geram jeee -,- HAHA, pastu ambil buku recipe 'Kuih Dahlia' :)Hihi, aku pun baru fikir yg 2/11/2011 birthday Faryn. Aku nak bagi dia sikit :D Haha, sumpah first time aku dah pandai buat cookies sendiri :) Tapi aku puasa time tu, haha. Tak dapat nak rasa, mama yg tlg rasa. Then mama ckp sedap, weeeeee :D Thanks ma! Mwa :*

Tadi pegi sekolah, then aku dgn Huda je stay sekolah. Mira, Qis, Faryn and Qamarina pegi lawatan. HAHA, memang bosan lah en? Then, kitaorg pegi lepak dekat kelas 3RK1. BOSAN WEY -.- Ingat nak balik aw, then kebetulan Farees ada tarian pukul 10. Makyun hantar, HAHA. Pastu, Huda ckp dekat aku *Farra, Ada suruh kau call sesiapa je sbb dia ada balance super savers 1 jam. Aku pun ckp *Haaa? Aku nak call siapa doe? Takpe lah. Huda ckp *Alaaaa, guna jelah, kau call je dia *hurmmmm :p HAHA, aku pun ambil jelah phone dia -,- First, aku call Farhan. HAHA, saje nak kacau dia tido :p Then baru call lalalalalalala ;) Lama jugak lah en, then dah buang masa semua. Still boring, aku ajak Huda pegi bilik muzik sbb ada dgr orang main caklempong je. Kyril ckp tu budak silat, HAHA. Tak kisah lah en? Asalkan dapat merayau :p Pastu, pegi Dewan tengok budak menari and rehearsal Anugerah Koko.


Then, pegi ICT sbb ingat nak online, tapi cikgu takde -.- Ahhhh, bosanbosanbosansansansan. Hihi, masuk kelas balik, pastu Huda ajak teman dia pegi kantin. SAYA PUASA :D Hehehe, then masuk kelas Melewar. Ada budak menyibuk nak lepak :D HAHA, lepak jelah en. Then, main UNO CARD, yeah! Aku jelah yg kalah, then burn ckp *Redha jelah :p HAHA, fine. Diaorg asyik kenakan aku je wey, sabar :) HIHI, main UNO sampai balik, seriously best! ;) Esok ada rehearsal talentime :) GOOD THEN, I LOIKEEEE :p

Esok ptg Yuza nak jumpa saya, weeee :D Dia dah nak balik Johor, dia suruh ajak the annoying kembar sekali -.- Okay, takpe nanti saya ajak. See you!



p/s : BUMACUKSAM, sumpah saya sukaaaa!

Sunday, October 30, 2011

What a great DAY




Okay, semalam was a busy day. HAHA, dari pagi sampai malam. I'll story to you all, but please jgn bosan :) Ikhlas okay? :p Hihihi, pagi semalam aku ikut mama pegi Stadium Paroi, Paan nak beli jersey lengan panjang. Apada, HAHA. Then, ptg tu aku dah siap mandi semua, then pray :) Papa dekat Paroi, called mama *Pukul 3.30 kita gerak. Weee, bapak awal en? HAHA, then. Aku lapar gila kot time on the way tu :( Pastu, aku bawa air cincau dlm kereta. Mama ckp *minum air dulu, nanti dah sampai kita makan. Aku pun minum gilagila punya, HAHAHA. Then, dah sampai Shah Alam, but belum sampai stadium lagi, aku rasa nak SHISHI. Hihi, seriously, dah lah jam gila -,- Adoii, sabar jelah, then dah sampai stadium, papa parking dekat KFC dulu, sbb I NEED A TOILET ;) HAHA, then papa ckp *Kita makan sekali jelah okay? Nak Burger King atau KFC? Aku ckp *Kalau Burger King ada burger je, nak KFC lah :p HAHA, then pegi KFC.


Dah makan semua, sampai stadium pukul 6. Yeah, dah ramai dah. Parking pun full :D Then, dah parking. Lepak-ed dulu then ambil gambar, HAHA. Papa ajak masuk pulak, memang Stadium tu untuk Terengganu jelah en? Seriously, full with WHITE COROUR. Eleh, putih je pun :p HAHA, we are in YELLOW :) Lagi SWEEEEET :p Bajet je, hoho. Tunggu jelah sampai 8.45. Ada cheerleading and apa tah. HAHA, bila dah start tu, memang aku berdoa jelah en. TERENGGANU IS A BIG FIGHT, yeah, NEGERI SEMBILAN IS A BIG FIGHT ALSO lo :p HAHA, memang best lah. Jadi beruk sekali sekala :D Aku tak nak cerita panjang, sbb kauorg pun dah tahu en? :)


Time balik tu, aku dah keluar dari Stadium pukul 11.30, then masuk kereta dlm 11.35. Pastu jam gila, kereta langsung tak bergerak sampai 12.30. HAHA, papa off engine. Then, FRU and Polis dtg kelam kabut je, dia suruh ketepikan kereta. Then, baru aku tahu yg dekat depan sana ada gaduh. Terengganu tak bagi Negeri Sembilan balik, dia nampak Kuning je terus belasah. Wui kau, ni dah lebih :p HAHA, siap ada yg flying kick lagi, siott -.- Kau ingat kepala org Negeri ni bola apa, nak flying kick berbagai. Dah memang adat doe, kalah menang nasib je. Dah sorang mati, org Negeri Sembilan pulak tu :'( HOW DARE YOU, YOU'VE KILLED ONE OF THE NEGERI SEMBILAN SUPPORTER. Itsokay, Allah je yg boleh balas dekat dia en.


Dah jalan semua, aku sampai Seremban Jaya pukul 1.15, then pegi makan. Sampai rumah pulak pukul 2.05. Aku basuh kaki and muka je, haha. Then, solat. Seriously, very STICKY MAN! Sabar jelah, aku tido pukul 3 a.m. HAHA, esok pagi tu aku tak sedar pun bunyi alarm pukul 6, then tido sampai pukul 9. Mama tiba tiba je kejut aku yg still on the bed. Mama ckp *Kakak, bangun. Buka mata, tengok ni cepat! Aku pun tengok *Whut?! Cepat gila dia masukkan dlm paper. HAHA, terus bangun dari LALALAND aku :p Gambar dlm paper Berita Minggu. Terkejut lah en, aku ingat hari Isnin baru keluar. Heh! -,- HAHA, kebetulan je tu doe. Sbb time duduk tu, photographer dekat padang, dia pandang dekat aku, mama, makyun and syalina, dia tunjuk isyarat *4 org, bangun. HAHA, aku pun excited semacam :p Tapi, Farees pun sibuk je -.- HAHA, at last tu lah dia supporter NS :p HAHA, pelik en, padahal bukan main jauh lah lagi tu. Anyway, thanks ya abg :D


Seriously, I love my YELLOW shoe :) Negeri Sembilan is small, but its strong is big.

p/s : Jgn cakap lebih kalau kau tu overconfident gila gila :p #pleaseterase HAHA

Friday, October 28, 2011

Itsokay :p

Harini aku sekolah mcm biasa, yeah. Memang best lah en, kelas aku 3 org je dtg -,- Aku, Zaty and Akmal. HAHAHA, bosan kot. Then, tadi Farhan ada training bola dia balik pukul 10. Makyun yg ambil, sbb mama and papa busy. Then, aku nampak Farhan dari atas dekat block F. Then, aku jerit panggil *FARHAN!! Dia pun pandang atas, dia ckp *Jomlah balik, mama tak dpt nak ambil pukul 12 nanti. Aku pun *Kau gila apa? Nanti kantoi pulak dgn cikgu. Farhan *Ahhh, takde de. Kau turun jelah cepat -.- Aku ckp *Heh, kau ni. Tunggu jap. Then, aku pergi kelas Durah, ambil bag and ckp dgn Balqis, kesian dia sorang je :') Sorry Qis.

Pastu, aku pun turun lah en, bawak bag. Sampai dekat groundfloor, aku nampak mama rock nak masuk bilik sukan, dia tanya aku *Nak pegi mana? Balik? :/ Aku ckp *Tak, nak pegi surau jap. HAHAHAHA, jahat wey FARRA ni. Then, ada akak form5 dekat situ, dia ckp *Nak balik eh dik? Aku ckp *Ya kak :D Then, akak tu ckp *Tunggu mama rock masuk dulu, then adik keluar cpt. Okay, cepat!!!! Aku pun punya lah berlari 100 meter :p HAHAHA, poyo jee. At last, alhamdulillah tak kantoi. Thanks kakak :) Astagfirullahalazim. Farra Farra, ni last okay? :')

Tadi, Madee and Aini ajak aku pegi Tesco, yeah. Aku dapat dtg, but lambat sikit, sbb mama aku penat baru balik. Then, aku pegi around pukul 3 tu, last last Madee and Aini, dah nak balik. Buek malu yo kau Farra -,- HAHA, takpe lah. Next time jumpa lagi. Then, ptg tu Yuza ajak aku jumpa dia dekat CITY PARK S2. Yes, I met her :) She's the best seriously. ILOVEYOULIKEALOVESONG :p


p/s : more pictures on FB ;)

Monday, October 24, 2011

Look at the sky :)

yes, the SKY is sho big :) I love you that big and that much! *ayat tak nak kalah :p Seriously, IMISSYOUGILABABENG. Hihi

Aku rindu gila dekat cousins aku, kawan aku yg terhebat gilagila tu :') Maybe aku jumpa cousins aku bulan November ni, then kawan aku Khamis ni :) Really misshyou. Can't wait to see you all. Rindu nak lepak-ing dgn kauorg. Tengok kegilaan kauorg lagi :') *Ejat, confirm kay? Hihi


Cousins, tak sabar gilaa nak lepak sama. Heheh, to Ammar *Nina told me that you wanna join us too, good then! Ajak Aniq yg nakal tu sekali, nak buli dia :p HAHA, Mubin also. Nanti kita hang sama sama, tunggu saya and twins turun KL :p

Jyeah, I'm not totally feeling free :) Waiting for my results :') Tawakal je FARRA! Hahaha


p/s : saya tak tipu okay? -,-

Sunday, October 23, 2011

Alhamdulillah,

I'm a happy girl! :D HAHA, rezeki Negeri Sembilan untuk ke final. Semalam keluar dari rumah pukul 6.45, then parking dekat rumah Paroi jee, senang sikit, jalan kaki jee. HOHO, semua pergi. Sebelum tu dekat rumah, paksu ckp *Malas nak tegur, dekat atas bukit sana dah gelap. Dia mcm nak tolak ke sini. Aku pun ckp *HAHA, takapa paksu. Redha je, doa biar tak hujan :) HAHA, finally. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana cuaca pada malam tadi amat memuaskan. Dah lah aku and family semua duduk dekat tempat biasa yg takada atap. HAHA, bersyukur sgt :') YELLOWYELLOWYELLOWYELLOW, I love you ;)


Kesian dekat T-team *bukan perli lah :p HAHA, dah dua org sekali kena kad merah. Then, berapa banyak lagi score dia nak kena kejar. First goal tu pun second half baru dapat, takapa T-team, TRY THE BEST FOR THE NEXT STAGE :D DO WELL :) Semalam, aku ada nampak bina yg tertulis 'HAI-O KEPALA BESI' yeahhh. Cool gila ayat dia :p To someone *Sorry dear, salah info :) First goal Shahurain then second goal Shukor Adan :) JUMPA ANDA DI STADIUM SHAH ALAM OKAY? :) TEGUR LAH SAYA JIKA TERJUMPA :P LOVEYOU, LALALALA.


MY DEAREST FRIENDS, dah betul betul free nanti bgtahu aku aw. Nak jumpaa :') RINDUU GILA WEY, HOHO. Iloveyoufriends, mmmuuuaaahhhxxx!!!!!! amek kau, lebih lagi tu. Hihi



p/s : Rindu betul dekat monsters :(

Tuesday, October 18, 2011

Alhamdulillah,

Finally, selesai sudah permohonan aku dekat MARA tadi :D Im so happy ;p Okay, tadi saya dah create event dekat FB, saya nak keluar dgn anda *Che, Madee, Eyman, Mas, Syu and Riena :) Please, rindu sgt dekat kauorg. Aku rindu BUMACUKSAM daripada mulut kauorg, perangai gila kauorg lagi. Hihi, kalau boleh aku ingat nak ajak Armi, Ijat, Ejat, Syed and Naufal sekali. But, number baru diaorg semua aku dah takada. To Madee *Tlg aku ya, ckp dekat diaorg yg aku ajak jumpa sekali :') SAYANG KAU GILAAA MADEE. TOUCHING SIKIT HARITU, ahahaha. Sajee nak test kau, pujuk aku ke tak ;p Jgn mareee. Aku tunggu kauorg :) Sumpah, banyak gila cerita yg aku nak story mory dekat kauorg :D



tadi, aku lepak-ed dekat kelas 3RK1, then aku rasa mcm tak sedap hati jee en, aku turun masuk kelas aku. Pastu teacher Nolida ada, then dia tgh bagi lirik lagu 'Twinkle Twinkle Little Star' untuk tukar melody dia. HAHA, perempuan buat melody sendiri, laki pun sama. Then, kitaorg buat lagu tu dgn lagu 'Jong Jong Inai'. Laki pulak lagu Amy Search, hoho. Apalah en, best kot ;p




p/s : Aku dah mula rindu SMKSJ2 :')

Friday, October 14, 2011

Forget about ittt ;p





Tak nak sedih lagi dah, aku tak perlu en kau punya kesian dekat aku. Aku mmg dah biasa kena mcmni. Lupakan jelah wey, yg penting aku tetap try jugak untuk tarik hati kauorg semua. Okay, rambut saya dah lain. HOHO, tak tau asal ;p Aku rindu dia, siapa? Entah, mak kau kot. Haha, takada lah, ada lah manusia ni. tadi ingat nak pegi tengok bola, but tak jadi, sbb malas dgn ramai gilababeng tu ;p *Emira, bila boleh 'SLEEPOVER' rumah ni? HAHA, ajak Azie sekali. Semua keluar Ahad ni, but Qis ajak aku hang dgn dia next week, yeah, okayyy :D to SJ2 *mari lah kita plan apa apa, kauorg diam jee dgn aku, tak nak jumpa aku eh? Hmm, aku just nak mcm dulu jee, tak nak takapa lah. Aku cadang, kita main lah futsal ke hang out ke. Okay? Aku tunggu kauorg roger aku jee.

Thursday, October 13, 2011

Life?

Hidup ni penuh dgn dugaan en? Yeah, takapa lah. Hadapi dgn penuh kesabaran :') Aku dah biasa, takapa. Tipu lah kalau takada sorang pun yg takada masalah en? Tapi kalau ada pun, jgn lah nak bahagia sgt -,- Hihi, takada lah. SORRRY #terasake :p Obviously, aku tak tau nak buat apa lg dah. Aku betul betul dah jujur dari hati aku yg dlm lg ni, adoii. Susah nak terangkan doe, aku ikhlas kay? Nak tipu, mmg tak guna lah. Buat dosa jeee, sedih wey aku. Rasa mcm tak boleh nak happy sgt, tak tau asal. Dah lah, forget it. Life goes on :)


Tadi pergi sekolah, then bawa buku text yg berat gilagila tu. Ahahaha, sabar jelah. Nasib baik pagi tu terus hantar, then aku lepak-ed dgn Emira and Azie. Best borak dgn diaorg. Lepak dggn luar Dewan Kuliah, last cikgu Amnah nampak. Dia suruh duduk tempat lain, hihi ;p Then, pegi beli ice cream Oreo dekat koop. Nampak 3RK1 dekat BPA, Faryn panggil aku :D Haha, then time tgh beli ice cream, Zubair panggil aku *Farra, tlg beli air, hehehe :D *Nak air apa? Mineral jelah eh? HAHA *Ala, tak nak mineral, apa apa jee :) *Oh kay kay :) Aku beli soya bean untuk dia, haha. Then, aku, Emira, Azie and Uda terus pegi Dewan Terbuka. Cikgu bagi main scrabble.

Cikgu bg announcement pasal drama in english, talent time, poem, and apa lg tah. HAHA, aku tak masuk pun. Aku main scrabble, yeah. Mmg aku kalah -,- Takapa, usaha lagi en? :D Mira and Qis masuk talent time, nyanyi lagu apa tah, dgn guitar kegilaan dia ;p Pastu, rehat. Harini aku makan sandwich and nugget :) I loikeee! Then, dah habis makan dgn diaorg semua, baru pegi masuk Dewan Besar, hihi ;p Ni paling best lah en, teka teki bengong jeee aku dapat. HAHA, semua kerja Zubair!! Sorry Zubair, lawak kau buat mulut aku sakit sbb banyak gelak. Haziq pun sama jeee.


*Binatang apa, dia kecik, colour hitam and berpeluh?
= semut hitam baru lps jogging

Siott gila! :D

p/s : Thank you Mira :) Kau comel :* *ikhlas kot rasanya :D

Monday, October 10, 2011

Tawakal kepadaNya.

Alhamdulillah, bersyukur sgt dapat selesaikan exam PMR 2011 dgn teramat tenang dan baik :D Okay, semalam study KH. Baca buku text form 2, amek kau. Satu buku habis baca, HAHA. Then, Danish and family dia dtg, sajee tak ada buat apa dekat rumah. Then, kepala dah sakit around pukul 9.30. Mmg tak boleh tahan, aku selesaikan semua dulu, then baru nak rest sikit. Last, tido terus. HAHA, I got 2 missed call from you. Sorry senget :) ILY.


Pagi tadi mcm biasa lah en, duduk dekat canteen, ready for maths. KEPALA AKU SAKIT GILA DOE, nasib baik hari ni last. Aku mcm nak demam jee, yg lain semua sihat sbb nak merdeka. Tapi saya tidak :p Nak tunggu results baru ceria and sihat kott. HAHA, mcm biasa lah budak budak ni takada kerja nak mengacau saya, buat lawak tak tentu pasal. LAYAN JEE ;P hihi, sorry Syarir, Obama and lain lain tu, yeah. kauorang mmg buat aku tergelak jee lah. Okay, mmg pengetua nak kami jadi pelajar yg cemerlang. Sampai dah habis PMR pun, mahu belajar lg but for FORM 4. Bapak awal wey, haha. Takapa, we love you principal *ikhlas doe.


Aku dah tak tahu nak buatapa habis PMR ni, selalunyaa aku asyik study jee, but bila dah takada yg perlu distudy en ni, rasa boring. Mmg tak plan lagi, takapa, take time. Kejap jee dah naik form 4, awwww bapak best. HOHO, saya tak nak hipokrit or apa pun kay? SUMPAH, SAYA RINDU RAKAN SAYA SMKSJ2. TAK BOLEH NAK TIPU LAGI DAH, MMG AKU DAH SALAH DEKAT KAUORG. NO NEED TO SAY WHAT, PLEASE FORGIVE ME. TERIMA AKU BALIK :'( sayang gilaaaaaaa dekat kau, kau dan kau.


p/s : saya harap tahun depan semua stay STAD ;p RINDU 3 MELEWAR 2011 :')

Saturday, October 8, 2011

Ai shite ru :)

Really missssyouuuuu! KOME SORANG JE AH. Hehehe, ILOVEYOUSOMUCH ;p

Punnn ;p

Jyeah, exam alhamdulillah so far so goooood! ;p HAHA, tinggal 2 paper jee lg, maths and ERT. Jgn nak freedom sgt lah en? Aku takkan rasa freedom selagi results tak dpt. HIHI, cepat lah dtg wahai results :D Exam haritu, sampai pukul 4.30. Yeah, mmg penat but takapa tahun ni saje. Time rehat pukul 12 till 2 tu, mmg study sikit jee. Sikit jee lah en? Budak budak ni bukannya nak study pun, tah apa lawak diaorg buat. Sumpah sakit perut aku, lebar wey muka aku. HAHA, bengong -,- Orang exam tak boleh lah sukaa sgt en? But, tak tau asal diaorg suka gila nak mati. HIHI


Time tu study dgn mira, qish, qamarina, faryn, uda, obama, emy, zubair, adib and syarir. Aku suruh diaorg soal aku psl geog, then bukan nak serious pun. HAHA, last aku yg tanya diaorg baru lah serious :D Good then! Pastu, tah apa yg dia merepek. Kitaorg study dekat BPA. HAHA, then. Tetiba cikgu ada bg announcement : -

LOUDSPEAKER : Assalamualaikum, selamat sejahtera. Saya minta semua pelajar Tingkatan.... (semua muka dah cuak, haha, diam pulak tu) 5 masuk ke kelas masing - masing. Saya tak nak ada yg berkeliaran. Terima kasih.

Then, semua *Fuhhhh! nasib baik. HAHA, tu lah. Lain kali belajar ;p Mira gelak paling gila gila punya. HAHA, siot jee. Aku dah lah dok sebelah dia, mmg penuh kesabaran lah en? hihi :D again announcement :-

LOUDSPEAKER : Assalamualaikum, salam sejahtera. Semua pelajar Tingkatan 3, anda diminta masuk kedalam dewan sekarang. Terima kasih.

Ni baru betul betul cuak, HAHA. CHILLAX :) Tawakal jee kan? Kita dah ikhtiar sebaik yg mungkin. Buat yg terbaik saje :D

p/s : I'm sorry, yes, my fault. ILOVEYOU, keep my promise to you. If saya mungkir janji, saya dosa gila :') I won't do sin. TRUST ME <3

Thursday, September 15, 2011

Phiuuuuuu :')

Alhamdulillah, now dah sihat :) Weeeee, seronoknyee dia :p Study semua okay, saya mohon sekolah TKC iaitu Tunku Kurshiah College and Teknik Tuanku Jaafar. Menyesal gila tak apply sekolah Sri Puteri dekat Putrajaya :( Heihh, takapa lah. Can't wait to see you all friends! :D Saya buat special untuk kamu semua 3 Melewar, Mira, Qish, Qamarina, Azie, Uda, Emira, Syafikah, Faryn :) Datang lah okay? Penat saya tulis alamat dekat whiteboard besar besar :D and penat saya buat invitation card untuk kamu MY GIRLS :) SAYA SAYANG KAMU SEMUA :) To my girls TG : saya dah jemput anda, please dtg. rindu :)


Best lepak dekat MAPLE dua hari ni, haha. Makan roti canai yg sedap and garing tuh, bapak ah! Then, capati :) I loikeeee!!! main game bulan lah, sumpah menyirap jee. huee, okay lah. I gtg, nak study. Boyeeeee :) LOVEYOUALLFRIENDS.

Tuesday, September 6, 2011

lalalalalalalalalaLOVE.

wey, asal eh aku asyik tak berapa nak sihat? Adoii, always like this lah. Now, I'm start coughing. Oh dear sore throats, if you love me, please, be as before. Tadi puasa, then batuk cari pasal dgn aku, saje je nak suruh aku berbuka. HAHA, pastu balik sekolah jee mama suruh buka, aku pun buka lah. AMEK KAU! dah puas? HAHA, sama jee batuk. Nyirap doe.


Pegi sekolah pun org ckp muka aku pucat. Heihh! Padahal sihat je ni, taktau asal. PMR lg 4 weeks :) JYEAH, study lah ya wahai 96' sekalian. TAK MAU LEKA LG :) YA ALLAH, KAU MEMPERMUDAHKANLAH KAMI UNTUK MENJAWAB PEPERIKSAAN PENILAIAN RENDAH PADA BULAN 10 INI YA ALLAH. MASUKKANLAH KAMI DALAM GOLONGAN HAMBAMU YG CEMERLANG DAN MENDAPAT LAPAN 8+. AMIN.
The teachers already gave us A, so we have to catch the A smartly. Dear people, please pray for us, let us get our A's. We very appreciate your support. LOVEYA ;)


p/s : love sick? :p

Sunday, September 4, 2011

Yuhuuuu ;)

Yayyyyyyyyyyyyyyy! Esok sekolah -,- HAHA, start lah study and routine seperti biasa :) Semalam bukannya buat open house. But, sedara mama yg dari jauh nak dtg. So, alang alang tu sekali semua cousins mama dtg lah en. Whooooo, sumpah ramai :p THANKS FOR COMING RELATED. thanks to SUPERMAN, KAKAK AND ANNE ;)

You, so comel lah you sebut ikan kembung versi sengau. Sumpah comel! ;) i liokeeeeeeeee! hihii :p now dekat rumah dgn siblings je. mama and papa pegi tengok org kahwin dekat nilai spring. WEEEE, bosannnn lah. kesian gila papa demam, asyik tido jeee.


First raya Paan demam, second and third me, forth Farees, and now papa. GET WELL SOON DEAR PAPA! WELOVEYOU :)

Thursday, September 1, 2011

Fighting :p

Yeah, first day raya tu okay lah. Hihi :p Malam tu tido dgn cousins. Best gilaa, dah lama tak tido ramai ramai mcmtu. Then, ayoi yg start main teka teki. Kitaorg main teka teki sampai pukul 2 am. HAHA, semua teka teki Ayoi merepek jeh. Buat sendiri, haha. Mmg pecah perut habis lah en. Contoh teka teki yg dia bg :-

- Akon kalau masuk islam apa nama dia?
jawapan : Penghawa dingin :D

- Apa nama adik Akon (penghawa dingin)?
jawapan : fan (kipas)

Mmg takada teka teki lain lah en? HAHA, siotttt. Second day raya pun okay jeee, but malam tu dah start demam. Taktau asal, sumpah tak larat. Alhamdulillah, now dah okay sikit. tadi pegi open house rumah wan teh, dgn mata layunyeee. ADOII, sabar jelah. Tak larat actually, tapi pegi jelah kan. Makan pun takada selera :'( Aku sakit perut, sakit badan, sakit pale. Need to rest.

Fight,
yeah. aku nak fight dgn cousin aku. dia PMR tahun ni. budak MRSM, haha. pandai wey, aku pun tetibe je rasa semangat. aku pun nak straight A's jugak kan, mana boleh dia sorang jeeee. Takapa, belum terlambat lg :)


p/s : I'm sick -.-

Monday, August 29, 2011

Oh Aidilfitri ;)

Yeah, rasa semangat pula :p IMISHYOU. lalalala, saya tak sabar nak mulakan hari esok. Yeah, nak tau kenapa? Jap, I will list all my favourite in Hari Raya :



- nak makan rendang
- lemang, nasi impit
- kuah kacang yg sedap nak mampus -.-
- kuih raya yg menimbun
- ambil gambar banyak banyak
- borak
- buat lawak
- gelak sampai pecah perut
- tlg mama masa org dtg rumah



Weeeeeeee, sumpah tak boleh tahan tengok lemang tepi jalan. Then, bau kuah kacang mak. Kuih raya yg pelbagai jenis. Yummmmmyyyy!!!

Sunday, August 28, 2011

Raya tahun ni mcm kurang menarik lah. But takapa lah, raya tu wajib diraikan oleh semua umat Islam. So, jgnlah nak bosan sgt okay? Yeah, bukan apa. Maksu, Uncle Mel and baby Iris takada. Diaorg en stay Africa selama setahun. Uncle Mel ada kerja. Then, papa Dino, mama Malis, Nina and Sara pun takada. Diaorg raya dekat New York, sbb papa Dino kerja. Adoii, semua kerja en? Sabar jelah, maybe tahun ni je. Hopefully tahun depan semua ada :')



This year I wear Green colour Baju Kurung. Yeah, my high heels also green colour. Mama in blue colour, papa and twins in cream colour. A day more :') Belum mahu wish lg.


Okay, now about my trial exam. Saya dpt 3A sahaja. Then, 5B. Yg A tu KH ERT, MATHS, AGAMA. omygod, malu gila BM and BI sama je marks dia. 74%, HAHA. lg berapa je en? Takapa, ada masa lg untuk tingkatkan kemahiran tu. Setiap hari kena buat latihan karangan jelah. Then, science punya mmg tak boleh ckp apa lah. Boleh tahan susah dia. HAHA, tapi dpt juga 70%. Alhamdulillah, now aku dgn kawan FORM3 yg lain tgh belaja nak dptkan straight A's. Yeah, jgn nak hayal lg okay? Belaja dulu. Sebulan je lg ni.



Lps raya ni, Form3 dah tak duduk dlm kelas. Semua dibahagikan kpda dua kumpulan. Elit and bukan elit. Kena duduk dlm DEWAN BESAR AND DEWAN KULIAH. Ya Allah, aku harap sgt biar lah duduk dlm ramai ramai tu, semua dpt catch up dgn lebih baik and faham yg teramat. Pleasee kawan, bg tumpuan okay? Kita mmg dah takboleh nak buat apa dah, cuma dgn bg perhatian je kita mampu. Sbb pengetua kita sekarang ni, mmg tak boleh nak tukar plan lain lg dah. So, struggle okay? ;) Kauorg nak straight A's kan? Aku pun nak, so g on :) LOVEYOU FORM3 STUDENTS.


Hari Khamis haritu, budak Form3 kelas aku bawa tepung, then kelas Chip bawa telur. Mmg, untunglah sapa yg kena tu en. HAHA, aku dah lah tak bawa payung :p Nasib baik laki je yg kena. Birthday Syafiq Azhar. HAHA, diaorg ingat boleh enjoy sampai balik lah en? Last, pengawas dtg kelas suruh budak laki kemas kelas. Besttt!! Haha, kesian gila kauorg doe. Tapi baguslah, kauorg kemas mmg bersih gila. Goooood :)


Hari tu aku balik awal, sbb ada hal. Then, tak sempat nak minta maaf dekat kauorg semua (3 Melewar). Aku minta maaf okay if aku ada salah apa pun :) Maafkan aku, aku dah lama maafkan kauorg. Jaga diri raya ni, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

To my biggest and superFAMILY : -

Maafkan kakak okay? Kakak beruntung ada family mcmni. Yeah, biarlah segala cabaran,dugaan and rintangan yg Allah bg dekat family ni, kakak sanggup lalui bersama. No one as you guys FAMILY. YOU ARE MY LIFE. REALLY LOVE YOU ALL. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Warga STAD, warga SJ2, warga BLOG, rakan saya dan semua yg mengenali saya : -


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN :') Pleasee,forgive me. Tegur saya kalau saya ada salah and silap apa pun. Maybe saya dpt jadi org yg terbaik bg kamu semua. Jaga diri kamu semua, ILOVEYOUALL.


To you *Forgive all my faults, Happy Raya Day. I already forgive you. I hope I can be a good person that you ever seen in your life. ILAPCHU ;)



p/s : speechless -.-

Saturday, August 27, 2011

Lambat lg okay? :p

Yeah, raya lambat lg lah. 4 hari je lg, chill okay? Bg sesapa yg belum shopping or belum ready lg, takapa. Take time :) Saya pun belum ready lg. But the most important is I ready to forgive all the mistake of you guys. Dont worry, but for sure you guys also forgive all my mistake kay? LOVEYA PEOPLE.


Omygod, why lah I feeling miss you? Gila punya rindu lah, bukan kicik punyeee :p HAHA


Ekk, nanti saya wish Happy Hari Raya dekat kamu semua okay? Not now ;) Okay, satu je yg saya minta *Take care, jaga diri masing masing, ingat orang yg tersayang and family yg tersayang, May raya for this year make you more happy :) Jgn lupa yg Maha Besar.


p/s : lalalalalaladoii ;p

Saturday, August 20, 2011

Ya Allah, sabar lah.

Really missyou :'( miss your face, miss your voice, miss your nonsense and I really miss when you bully me. SUMPAH RINDU TU SEMUA :'(

Friday, August 19, 2011

Adoii,

Aini, thank you okay? Tu cake betul ke apa? HAHA, ILOVEYOU.

yeah, rindu kau lah. Sumpah rindu, tahap gila :p Nak jumpaaaaaaaa, sabarr FARRA. hihi :p Take care okay? Nampaknyaa time raya jelah kan? :) Takpa.

Results? Yeah, boleh tahan. Meningkat lah en? Great marks, jgn tanya :p MIRAA, QISH, DEQNA, FARYN, AZIE, EMIRA, FIKAH *missssyouuu, hihii :p

Amaleena, Madee, Eyman, Mas, Nab *MISCHU :')


p/s : 3PERDANA1, jumpa di Jusco okay esok? Sharp 6.30, missya. See ya :)

Wednesday, August 17, 2011

................

okay, sambung :)

lepas dah tukar time BM, masuk maths. Tapi cikgu lambat masuk, hihii :p Amin panggil aku. Dia ckp :



Amin : Farra, sini jap. Ada org nak jumpa dekat tepi tangga. Nak bg hadiah.


Aku : Tak nak lah, sape?

Amin : Alaa, jom lah. Ada org nak jumpa.

Aku : Alalalala, okay okay. Jap.

Misuari : Jom Farra, pegi sama sama.

Aku : HAHA XD

Aku pun pegi keluar, pegi dekat tepi tangga tu slow slow je. Ramai gila budak laki, aku cuak dah. Risau tepung je, hahaha. Then, Syafiq Baim ckp :

Syafiq : sini lah, haha.

Aku : Okay, ada apa ni?

Semua kawan dia baling kertas banyak banyak dekat aku then nyanyi lagu birthday. Ahh, kauorg buat cuak tahu? HAHA, kena mata aku. Tapi best lah, thankyou kauorg :) Semua budak laki gelak je, then Sawan dtg dekat aku bg satu kertas ni mcm rocket. HAHA, dia ckp :

Sawan : Nah Farra, ni kitaorg yg tulis. Simpan tau :)

Aku : HAHA, cantiknyee. Okay, terima kasih ya kauorg :D

Syafiq Baim : Farra, jgn buatt muka merah aw. Saja nak buat surprise.

Aku : HIHIHIH :p takpa lah, terima kasih :)

TERHARU LAH WEY :) thankyou sgt sgt, really appreciate it. SAYANG KAUORG.



Atuk, thanks sbb belikan kakak cake :) Sukaa sgt, papa thankyou juga okay? Cukuplah semua tu bg kakak. Tu pun dah okay, bersyukur sgt :) I love you family.


Deqna, thanks bg chipsmore. Sukaa sgt :) Chip, terima kasih bg baju, sumpah suka. 3 Sahabat Kurshiah, thanks bg surat rocket yg bertema "PIWIIT" tu :)






p/s : Terima kasih banyak kawan kawan. Aku tak pernah merasai kegembiraan seperti hari ini 17th August 2011. Sure, aku takkan pernah lupa hal ni sampai bila bila pun. Much love, sayang kamu semua. Mira, Uda and Faryn *Kauorg pagi pagi buta dah dtg kelas aku semata mata nak wish birthday aku en? Thankyou girlfie, sayang kauorgg :)Maaf kalau aku ada tersilap apa apa pun, maybe aku je yg tak perasan kesalahan aku. Tlg maafkan aku, terima kasih sekali lg. SAYANG 3 MELEWAR AND MY GIRLFIE.

Allah SWT je yg balas segala jasa kauorang terhadap saya.

Yeah, aku berserah kepada Allah je untuk balas segala jasa kauorg dekat aku. Aku tak mampu nak balas sebesar besarnya. Sbb, memang sumpah dah terharu gila nak mampus. Aku sayang kauorg pelajar 3 Melewar, STAD :) YOU GUYS MADE MY DAY, sungguh bermakna tahu?


Pagi tadi sekolah seperti biasa, then pergi bilik ERT. Alhamdulillah, great marks :) Then, masuk kelas belajar Geo. Pastu, time agama pergi surau, solat sunat Duha and baca Al-Quran. Masuk kelas je, aku mcm biasa. Nothing happen, then aku pegi turun BPA. For sure, budak kelas aku mmg tak turun lah en. Pastu, aku lepak dg Uda, baca buku agama. then, dah bunyi loceng, aku naik masuk kelas. Pastu, masuk je kelas, aku nak buka zip bag aku. Aku rasa mcm lain, sbb angrybird and keychain bunga aku dah hilang. Sumpah, aku gelabah time tu and rasa mcm nak nangis. Aku ckp dkt semua budak kelas aku.


Aku : Kauorg nampak angrybird Farra tak?

3 Melewar : tak nampak, kenapa? hilang ke? cuba cek betul betul, mana tau jatuh ke.

Aku : Tak, mmg takde. *buat muka nak nangis aku :'(

3 Melewar : ALALALALA Farra, jgnlah nangis okay? Angrybird tu mesti terbang.

Aku : hmmmm, ala. Mana angrybird :(

Akmal : Farra, kau jgn nangis okay? Nanti aku boleh beli sepuluh untuk kau :)

Semua pujuk aku. Aku tetap buat muka and keras hati.

Aku : Nak cari angrybird jap :'(

Ayu : Eh, jgn Farra. duduk dlm kelas dulu okay? nanti cikgu nak masuk dah.

Aku : Taknak, nak pergi kelas RK jap.

SEMUA PELAJAR MELEWAR pandang aku. Aku nak pergi jumpa Mira and the others. nak ngadu lah angrybird hilang en. HAHA, tapi kelas diaorg ada cikgu. So, aku sabar je then balik kelas balik. SEMUA PANDANG AKU. aku dgn tak malunya buat muka lg :'(

Aku : Mana angrybird niiii :'(

Nazwan : Wey, sape amek angrybird Farra? Bg lah balik.

Kyril and Amin : Jgnlah nangis okay Farra? :)

Aku : tak nak. Nak angrybird :( Sapa curi ni Zaty?

Zaty : ALALALALA Farra, jgnlah nangis okay? Pleasee, nanti kau beli lah lg.

Aku : tak nak, angrybird tu tinggal satu tu je aku beli haritu.

3 Melewar : Sabar ya Farra, nanti kitaorang beli untuk kau.

Adib : Farra, buat lah spotcheck.

Aku nak tergelak je dgr.

Aku : Tak nak lah adib, takpa lah, biar je lah :'(

Then, cikgu Amnah masuk kelas. Aku still buat muka :'( Nak buat kerja pun takde mood. Dalam masa 20 minit. Aku diam je, mmg tak nak ckp apa apa pun. Then,


Nazwan panggil aku.

Nazwan : FARRA!

Aku pandang dia and ckp : Ya :(

SEMUA PEALAJAR 3 Melewar : Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Farra, happy birthday to you.

Aku pun terkejut time tu, cikgu pelik and senyum je. SUMPAH MALU, then. Kyril dtg dekat aku and bg angrybird dgn keychain bunga aku tu. Aku pun terharu lah en dgn kejutan diaorg tu. TERIMA KASIH KAUORANG :) SAYANG KAUORANG SEMUA. habis je time BM, cikgu dtg dekat aku and hulurkan tgn, means salam lah en. HAHA, terima kasih cikgu Amnah, i love you.
Ada cerita lg, mlm ni sambung okay? tak cukup battery, tertinggal dkt BSS.

Saturday, August 13, 2011

Is it wrong?

Yeah, itu dia title kita hari ini :p *budget je, haha. Bahagia betul rasanya bila singgah sahur di luar en? Hahaha, rasa best pula dgn muka busuknya pergi sahur dekat kedai -.- Thankyou ma, pa. Tapi mmg spoilt lah en, aku tgh makan then perut buat hal. Adoii,



Lately, aku text semua contact list aku. Aku remind diaorg yg next week birthday aku, hihii :p Tak berniat apa apa pun, saja nak merasai kebahagiaan bila semua orang wish aku ;p But, it will be more better, when you guys give me a present ;) Takde lah, tak kisah pun. HOHO,


Semalam, aku ckp dekat papa *Pa, kakak send message dekat semua org yg 17th August birthday kakak, then kakak suruh diaorang keluarkan duit sekali. Papa ckp *Eish, tak malu ke? HAHA, papa gelak pulak. Well pa, saje je. Hopefully, kauorg tak marah lah en? Aku sayang kauorg lah. *terharu tak? HAHA, tak tipu lah okay.



p/s : jauh dmata, dekat dihati :) SAYANG KOME ;p

Friday, August 12, 2011

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Bersyukur sgt, lepas ni nak tunggu result and real PMR je lah :) The most important is, aku dah try sebaik yg mungkin. Terima kasih, ya Allah. Banyak cerita ni, jgn sakit mata aw baca panjang panjang. Hihii :p


Firstly, aku stay dekat Paroi lg. Mcm biasa routine aku, study, puasa, tengok tv and berbagai lg lah en but kecuali online :D takde lah rindu mana pun nak online or tengok laptop ;p


Semalam hari Khamis, sementara nak tunggu driver aku dtg. HAHA, van lah. Aku lepak dgn Mira, Faryn, Azie, Qis and Qamarina dekat Kios. Aku temankan diaorg sampai parents diaorg ambil. Then, aku pergi kantin. Nampak Kamalia and Ayu main dgn baby kucing, comel jeee :) Aku takut dgn kucing, haha. Then, duduk sorang jela. Pastu, Syarir dtg, dia tanya *Wey, nampak kawan aku tak? Aku ckp *Tak, nape? Dia reply *Tipu lah, dia ada dekat sini lah. Aku ckp *Takde, mmg dari tadi lg takde. Then, dia buat muka nak nangis dia tu *JGN MARAH SYARIR :p HAHA, then dia lepak dgn aku.

Pastu, Adib dtg pula. Dia duduk je kerusi tu mcm nak patah. HAHA, then dia duduk depan aku. Syarir start cerita *Wey Adib, tunjuk lah dekat Farra I/C kau tu. Farra tak tau pun kau gemuk dulu en? Aku ckp *Ekk, nak tengok.pleasee :) Adib *Taknak lah, nanti Farra ejek. HAHA, aku ckp *mane ade,pleasee.


Then, bila dah tengok tu, aku tak caye lah yg I/C tu dia punya. Sumpah lain gila do. HAHA, then dah start cerita psl diet. Adib diet selama 1 bulan je, bapak terer kau :p Aku dgn Syarir gelak besar lah en, kelakar do. Dia diet dulu makan nasi satu sudu je sehari. Nak mampus pe? Aku pun respect gila lah en? Best exercise lebarkan muka dgn diaorg, hilang sakit kepala aku :)


Hari Selasa pula, datang sch pukul 6.40 terus pergi kantin. Sbb mmg semua budak form3 kena berkumpul dekat kantin. Study dgn member aku, then cikgu dtg tetiba terus tanya dekat aku and Azie *kamu kembar? HAHA, aku nak pecah perut je dgn Azie.Faryn pun buat muka dia, haha. Kelakar lah, no cikgu. Kami kawan, hihii :p Kembar pun boleh ;)

tadi, lepas aku dah siap buat exam Geo aku ingat nak tido jap, sbb ada masa lg 15 minit time's up. Then, aku taktau lah aku tido mati ke ape, aku tak dgr lgsung cikgu bg arahan. Pastu, aku bangun bangun je cikgu dah dekat depan aku and minta kertas jawapan. Pastu, masa yg sama semua pandang aku. Cikgu ckp *tido pula dia ni. HAHA, bapak maluuuuuu! then, semua drop aku *tido lg Farra -.- Menyirap je aku, haha. Tak nak buat hal yg sama lg dah, heihh!




p/s : next week jgn lupa :p RAWEDBUNESDAY :) SAYANG KAUORANG SEMUA.

Friday, August 5, 2011

Nak fikir benda tu buatapa do? Waste my time lah wey.

Yeah, aku tak nak cerita panjang lah. Kacau je, lebih baik aku fikir trial aku yg minggu depan ni. Warga STAD, warga SJ2. I wish you all the best! I'll always pray for you all guys.

haritu pergi ukur baju raya dekat tailor mama, then cina tu ckp *tangan anak you panjang lah, you tak panjang mcm ni pun. Oh, really aunty? HAHA, mmg senang lah aku nak tampar orang en? :p Kidding lah wey, entah apa sebab tangan aku panjang pun tak tau lah. hihihi :p Alhamdulillah, puasa aku berjalan seperti biasa, nothing happen. Esok pagi ada class, weeeeeeeee :)


kepada classmates saya *terima kasih kerana drop saya dgn panggilan "BAU KEDAI WEY" hoho, kauorg mmg mcmtu, takpe. aku memahami, anyway aku sayang kauorang pelajar 3 MELEWAR yg gilagila. Kauorang chill je en? Mmg dah pandai lah, tak study en? HAHA, kauorang gamble lah.



p/s : Ya Allah, Kau mempermudahkanlah kami untuk menjawab peperiksaan pada minggu hadapan. Aku mohon padaMu ya Allah. amin :) GOOD LUCK.

Sunday, July 31, 2011

Useless

Yeah, hari Khamis tengok bola dekat BJ. Best gila lah en? Hahaha, then sampai rumah mak pukul 1.30 pagi. Bibik buka pintu, aku dah blurr time tu. Bapak ngantuk do, sabar jelah en. Nasib baik esok tu tak belajar sbb ada program, then aku terus tido. Esok tu bangun pukul 5, mak tanya *semalam balik pukul berapa? Aku jawab *pukul 1.30 mak. HAHA, mak diam je. then, pergi sch, papa and mama dtg pukul 8.30 tepat. Aku pun jumpa lah sekejap en, nyanyi berbagai then ikrar. Whoooo, dah janji dah tu. Dosa tau kalau mungkir janji ;p Hoho, alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.


Ptg tu, pergi Zulda Masri beli baju sch. Sbb colour baju aku dah tak suci :p HAHA, balik rumah je aku terus tido. Sumpah ngantuk wey, bangun pukul 3.30. Weeee, terus mandi then makan. Pastu, study lah en? Mlm tu mak ajak papa pergi mkn dekat benteng. Okay then, aku pun ikut jela. Lepas dah habis mkn tu, aku minta papa belanja aku credit. Hahaha, papa bg aku duit then ckp *Nah, beli credit dekat 7-E tu. Hati hati lintas. HOHO, aku pun senyum jela :) Hahaha, then time aku dah jalan sampai dekat KFC tgh rahang tu, papa panggil aku sbb papa nak teman aku pergi sekali. Aku pun jalan dekat rumput KFC tu, then time nak melintas jalan tu aku rasa kaki aku mcm panas je *mcm ada API :p Hoho, aku dah tak bolheh tahan, tapi papa dah panggil so tak boleh buat apa lah en. Dah lintas, papa masuk 7-E dulu, aku dekat luar. Aku buka crocs aku *tanpa rasa malu. Then, aku ketuk crocs aku tu, banyak gila kot semut api *SIOT wey -.- menyirap pulak. heihh! Then, aku tiba tiba je malu. aku pakai crocs yg ada semut api tu, aku sabar jap. aku masuk 7-E, then papa bg aku credit. Aku ckp dekat papa *Pa, ada semut api dekat crocs kakak. Papa ckp *mana? buang dekat luar cepat jom. HAHAHA, aku pun cabut lah. Mana boleh tahan en, aku buka crocs then terus ketuk mcm org gila. HAHA, geram gila. Amek kau! Semua kaum kerabat kau aku gegar. Aku tau lah crocs aku sweeeeeet. *HAHA, takde lah. sorry semut API.




p/s : 3 hari berturut turut kaki aku gatal, mmg keje aku nak sapu lotion lah en? HAHA, menyirap lg ni -.-

Saturday, July 23, 2011

Happy Birthday pa :)



Yeah, we dont have any present to give you, pa. But, we did a great birthday card. It is for you, keep it nicely. We love you, please be a kind dad and husband for us and mama. Jaga hati mama :) Dont forget Allah that always giving us many things, appreciate it. You're our hero in the family. Jgn banyak marah tau, nanti tua :) Now, you are 37 years old, you are old but look younger :p Bodek wey, haha. Okay pa, even birthday papa 24th July 2011, but kakak nak wish awal dlm blog ni. Nanti dah tak dpt nak update. Going back to Paroi, papa jgn risau lah okay? Sure ada hadiahnya, means my result. Yeah, I will do it my best. Kakak takkan sia siakan masa untuk study and terus study.




p/s : ILOVEYOU PA.

8th August 2011, hihii :|

Wey, tarikh yg agak bahaya. HAHA, study study study, 2 weeks more :) Lately, kelas 3 Melewar tetiba je rasa rajin nak kemas kelas. HAHA, we are happy as king! Baik perempuan, lelaki sama je rajin *Rajin untuk hari itu sahaja :p Huuuu, then Badrul letak countdown trial dekat whiteboard. Patutnya lg 17 hari, then ada budak padam num 1 tu. Means tinggal 7 hari lah en? HAHA, cikgu tanya aku *Farra, trial lg 7 hari? Maknanya hari Jumaat minggu depan lah ya? Aku pun jawab *Haaa, takde lah cikgu. Tu ada budak main main, mmg kabut lah kitaorg kalau hari Jumaat minggu depan trial -.- Then Zaty tanya aku *Farra, kalau lah minggu depan dah trial en kau dah ready? Aku jwb *Bapak ah, aku lari g Thailand je kot. Belum ready 100% lg wey. Hahaha, gelak lak kau Zaty :p



Semalam, whole day awak drop saya en? HAHA, takpe. Saya tak kesah punn -.- Malu je aku ;p Sabar jelah, hihii :p The best day yesterday, and I hope we will be together till the end of everything. AMIN :) Only god knws how much that I lapchu. Hoho, malumalumalu.



p/s : Good luck to all PMR candidates, warga SMK Seremban Jaya 2 and warga SMK Tunku Ampuan Durah. All the best, I will always pray for you guys :) Please don't ever forget our GOD, Allah. Allah always be there for us. Our life beginning after die *ayat Ustazah Kamisah, loveyou Ustazah!

Wednesday, July 20, 2011

Ya Allah, sekejap je masa.

Hahahahaa, terima kasih ya Allah. Alhamdulillah, 7 months. Yeah, masa trial dah nak dekat maaa. Study wey, jgn nak main je. Huuuu


p/s : hongeh den dibuek eh. HAHA, angrybirds :) Ekk, dah 7 bulan lah. lg 5 bulan je nak masuk setahun, then saya dah form 4. Tak sabar rasanya, ILOVEYOU DURIAN :p

Tuesday, July 19, 2011

Heart?

Talking about heart. yeah, my heart never change and stop to keep you. biarlah orang nak ckp apa pun en, tapi yg tahu hati aku ni cuma Allah je :) Huuuu, cant stop and always be with you *terharu tak dgn ayat aku? :p loveya!

Sunday, July 17, 2011

God,

please show me the true way. Yeah, aku rasa nak stay rumah nenek aku dekat Paroi sampai exam. But, betul ke keputusan aku ni? Petang ni aku pergi :) Takpelah, korban lah sikit en. Sbb dekat rumah nenek baru lah aku dapat focus study. Dekat rumah aku bukan tak boleh, boleh je sebenarnya. HAHA, tapi nanti aku mesti lebihkan bergurau dgn twins. So, maybe tu jalan yg boleh mengelakkan daripada bergurau dgn twins :p *Kauorg tak sedih en? baguslah. hihii.



aku taknak lalai lah, even PMR penting dlm sekolah je punn. Yeah, semalam papa ckp *lps ni jgn balik balik rumah lg. HAHA, papa ni annoying lah.fine, tapi raya kakak balik juga :p

Semalam tuition dekat Rembau,then time balik tu. mama jemput lambat sikit, aku borak dgn cikgu. Cikgu tanya,



Cikgu : Farra, mcm mana dgn STAD? okay? ada kemajuan tak?

Aku : Alhamdulillah cikgu, ada kemajuan dia :)

Cikgu : Baguslah, saya rasa tahun depan awak tak payah lah pindah mana mana en. sbb awak dah biasa dgn environment dia, kawan pun dah ada. belaja pun okay. kalau awak masuk asrama penuh nanti, kena ambil masa yg lama untuk cari kawan. so rasa mcm mengganggu jela en. budak baru mmg susah sikit. lgpun, awak bukannya ramai adik beradik, adik awak 2 org je en. and, rumah pun dah selesa, so takpayah lah duduk asrama.

Aku : Betul ke cikgu, kalau saya stay sampai form 5 pun okay?

Cikgu : Ye, okay je. Form 6 pun ada en sekolah tu?

Aku : ada ada :) *aku pun tiba tiba je berubah fikiran :p

Cikgu : Awak punya pembelajaran buat masa ni okay? ada yg rasa susah tak?

Aku : Alhamdulillah, semua okay je, cikgu.

Cikgu : science okay tak? ramai ckp science je tak boleh lg. hahaa

Aku : science pun okay je cikgu.

Cikgu : oh okay lah. boleh target straight A's? Sekolah target berapa?

Aku : insyaAllah boleh cikgu,hehe. Cikgu sekolah target 60 lebih.

Cikgu : Oh, tahun lepas 20 lebih en?

Aku : ye cikgu.

Then, mama pun sampai.aku minta diri lah en, hehe.
ponek aku typing panjang panjang, my pleasure *HEEEEEE :D


p/s : I MISS YOU AINI. iloveyou. 8th August 2011. My birthday is on 17 August, haha ngam ngam lepas trial, hari ni last trial then esok tu birthday aku -.- Takpe, tahun ni je :p Standby hadiah okay? joke :p

Saturday, July 16, 2011

Gila -.- HIHI

Yeah, budak kelas saya mmg takde kerja en? Hari Rabu haritu, lepas rehat aku masuk kelas. Then, time tu aku bosan. Aku pun ingat nak study sikit, aku pun keluarkan pencilbox aku dari bag. pastu, aku tengok bag aku punya zip mcm ada org yg zip en. Lain mcm je, aku tanya diri aku balik *aku zip mcmni ke atau ade org yg buka bag aku? huuu, whatever -.- HAHA, then aku pun buka pencilbox aku, nak ambil pencil. Pastu, ada satu surat ni, dia tulis KYRIL LOVE FARRA. Hahaha, mmg nak kena lah en? Aku dah takboleh tahan, aku tanya satu kelas *wey, sape letak surat ni dalam pencilbox Farra? Pastu, diaorg semua heboh nak baca, heihh! Aku pun bg jela. Then, time tu budak yg bernama Kyril tu pun ada, haha. Dia pun menyirap, dia ambil lighter then bakar surat tu. Pastu dia ckp *wey Farra, ni bukan tulisan aku aw. HAHA, Syafiq pun menyampuk *Tu tulisan Kamal lah, Farra. Ainul ckp *bukan lah, tulisan Kamal cantik sikit. Tu buruk je, HAHAHA. Okay, tak kesah lah sesape pun en. HAHA, lepas tu semua dah pandai nak drop aku -.- SABAR JELA FARRA :) Hihi :p Jahat betul en kauorang :D Tu lah, takde kerja namanya.


Petang tu ada kelas tambahan sampai pukul 4. Then, kitaorg belajar Sejarah and BM. First period tu, BM. Cikgu Wan Umi Kalsum yg masuk. Cikgu bg kertas suruh kitaorg buat, then kitaorg buat lah en. pastu, cikgu pilih org untuk baca latihan tu. Then, aku org yg keenam cikgu panggil kot :) HAHA,



Cikgu : Farra Diba sila baca.

HAHA, Diba lah pulak -.-

Amir : Cikgu, husband dia ada dekat sini. HAHA

Semua gelak, wey agaklah. Bapak malu,

Aku : mana ada cikgu -.-

Cikgu : Sape husband dia? hehehe

Amir and lain lain : ni ha cikgu, Kyril.

Cikgu : Oh, itu. HAHAHA, baca kuat sikit ye Farra, abg nak dgr tu.

Aku : Adoi cikgu, saya takde apa apa dgn dia lah.

Amir : Eh, tak cikgu. Farra tak suka Kyril, tapi dia suka Kamal.

Cikgu : Ek, ye Farra?

Aku : takde lah cikgu, diaorang je yg merepek -.-

Cikgu : HAHA, yela Farra. Okay, dah baca ye.

Aku : Okay lah cikgu.

Takpe kauorg, aku sabar je ni ha. HIHI -.-

Then, dah abes kelas tu. Aku pergi BPA, then Chip pun ada. Dia tanya aku *Farra, Kyril mana? Aku pun adoii, mana ada lah -.- HAHA, jahatnye kauorg en. Takpeeee -.-


Semalam sebelum rehat je belajar maths and science. Lepas rehat tak belajar langsung, huuuu. Budak kelas aku hasut aku suruh join diaorg main game. The killer lah, apa lah. HAHA, aku pun join jela :) Boleh merapatkan silaturahim en? :p Best bro, hampir satu kelas main game tu. BONGOK je en? Padahal, exam trial tinggal berapa hari je lagi ni. HAHA, pandai betul kauorg. But tu maybe last aw, lepas ni study okay 3 MELEWAR?



P/S : Madee, thanks for the invitation. InsyaAllah, aku dtg. DALELA (BUMACUKSAM)? huuu :p Qamarina, Happy Birthday! LOVEYA!

Thursday, July 7, 2011

Pecah perut.

Alhamdulillah, selesai sudah puasa sunat selama 4 hari. HAHA, saje nak training puasa sebelum bulan Ramadhan :p Isnin and Rabu semalam stay dekat sch dgn Dini, sbb balik dari class tambahan pukul 4 then straight tunggu kembar sampai pukul 6.40 -.- Penat wey, tapi best lah jugak sbb dpt study then ada pula org yg menyibuk en, Danish, Farees and Alip (Mael Lambung) Hihi :p Thanks sbb temankan kakak :)




Sabtu ni again sch -.- Weee, sabar jela. Footballer NS dtg STAD sbb STAD jd tuan rumah di Negeri Sembilan Hari Kecergasan. HAHA, ponek den. Dah lah Sabtu mingg lepas sch, kehadiran wajib pula tu. Heihh, takpe :) *Qish, bawa camera nak? Hihi :p mcm kau baca je blog aku en.



Tadi,

dalam kelas cikgu Amrizah masuk ajar Sivik, pastu cerita psl bagi salam dekat cikgu.


Cikgu : Sepanjang kamu sekolah harini, siapa yg tak bg salam dekat cikgu masa lalu sebelah cikgu? Angkat tangan.

Semua tak angkat tangan.

Akmal : Saya dah bg salam dekat cikgu, tapi dia diam. Macam org bangang je saya.

Semua pecah perut nak mati -.- Bapak gamble, hihii.

Cikgu : Tak baik bersangka buruk dgn cikgu, mana tau dia jwb dlm hati. Awak suka suka je ckp cikgu tak jwb.

Irqim : Kalau mcm tu, kita bg salam dekat cikgu dlm hati jela, cikgu.

PECAH PERUT 3 MELEWAR, siott lah Irqim. HAHA



p/s : jgn ikut ckp Irqim :p

Saturday, July 2, 2011

Happiness, Sadness :/

Wey, terima kasih sbb dah mempergunakan aku. Aku hargai sangat sangat, aku pun tak tau lah ape salah aku dekat kau sampai kau boleh buat macam ni dekat aku en. Tapi aku mmg tak kesah lah kau nak buat apa, yg tahu segalanya tu Allah je. Kau tak payah nak terus kelentong lah okay? Alhamdulillah, kawan kawan aku je yg tau semua tu. Aku still hormat kau.



Tatu PDRM cool gila. HAHA, best bro. Kawat patung the best, kuda, motor, pancaragam. Weeeee, bila tengok polis perempuan tu semua, rase rindu dekat AUNTY DEWI :') Get well soon aunty.



I miss you, you miss me. HAHA, rindu dgn perangai dia. Hihii :p Nonsense lah!




p/s : Sorry for everything ekk, aku tau kau cuak time tu then aku je yg kau boleh minta tolong. Doesn't matter. I M Y :)

Wednesday, June 29, 2011

This Best Bro :p

Petang tadi study dgn Naufal and Syed. Haha, study maths. Thanks sbb study dgn saya :p 2 hours wey. Focus je, hihi. Kauorg diam je en? Asal doe? Malu? Hahaha, mmg tipu lah kauorg malu en. I knw you better okay? Lps ni rajin rajin lah dtg rumah study dgn aku. Tapi kalau boleh lg ramai lah, haha. Tu pun kalau diaorg serious nak study en? Thanks again.



Alhamdulillah, esok dah nak hantar kerja kursus Geografi :) Best bro, HAHA. Sure ramai gila yg tak datang esok. Yelah, hari anugerah. Cikgu pun ramai yg terlibat dgn majlis tu. Takpe, belajar je :p




p/s : Thank you friends. MONSTER ;)

Sunday, June 26, 2011

So far so good :)

Yeah, sports day yg teramat best tu dah pun selesai. Lepas ni tinggal nak belajar gila gila punya lah en, HAHA. Takpe, take time. Alhamdulillah, 6 months. Lapchu! :) no one and the only you monster! tak tau lah nak cerita apa. HAHA, the most important is segala yg aku jalan semuanya jalan dgn baik. Terima kasih Ya Allah, kau Maha Agung. Bersyukur wey.


Family okay je, nothing happen. Friends pun bertambah okay :) Tali tu pun masih terjaga dgn baik, tapi senget sikit :p They are everything to me God :) Please save them from any bad things happen to them. Allah Maha Pelindung.



p/s : you are mean to me dear senget and the others.

Thursday, June 16, 2011

Senget and the others. Hihi :p

X-men the best wey! Memang cool lah kalau ada manusia mcm tu, nonsense -.- Hahaha, thanks for that day. Really happy, senget. Hehehe, great pool lah :) lafiu. Holidays full with movies, study and classes. Thanks to you senget, Ainie, Fizah, Yuza. You guys made my day.


Had a great day with Mira, Balqis, Faryn and Qamarina yesterday :) Takde koko, then stay dgn diaorg. Pergi megaway, makan lah. Apa lg en? HAHA, makan nasi goreng sampai licin. Amek kau! Dah demam pula malam tadi, hahaha. Alhamdulillah, now feels more better. Pagi tadi nak pergi sch, dah dgr alarm. Then, off alarm. Langsung bangun pukul 7. Bosan kot duduk rumah.


Tak lama lg ada tournament bowling. Hihii :p Cant wait. Wish me luck. And trial pun awal bulan 8, weeeee. Study babe, a month more. Good luck friends! All the best. I will always pray for you all. Omygod, kepala saya sakit lg. Okay, thats all -.-




p/s : nasib baik makan nasi goreng tu tak HONGEH en? :p

Tuesday, May 31, 2011

Are you kidding me? Nonsense!

Guys, hari Sabtu hari tu aku timbang berat aku. Then, 45 kg aw. Okay lah en? HAHA, pastu hari Ahad aku timbang lg 44 kg pula. apahal? HAHA, pastu semalam 45 kg balik. Then, tadi 44 kg. Adoi! Gila apa timbang nih! Aku tanya Farees and mama, diaorg ckp timbang tu still waras lg. HOHO, poning den. Biarlah, baguslah tu. Tapi asal tak nak bg aku 10 kg je? Lg best! HAHA, tak payah naik turun lg en? Dikira normal lah tu :D


Yesterday,

Aku and family pergi Paroi pukul 8 lebih, sebelum isyak. Then, borak dgn cousins dulu. Around 9 tepat otw g airport dgn diaorg semua. Alhamdulillah sampai pukul 9.40. Papa pun dah sampai M'sia time tu, then while nak tunggu papa and the others, kitaorg g mkn dekat Burger King dulu. Pastu, dah habis mkn, tunggu dekat depan pintu je. Time tgh tunggu tu, nampak stewardess lalu lah en? HAHA, mcm mcm airlines, MAS lah CHINA lah, banyak lg.

Paksu pun apa lg, *HIIIII! hahaha, apalah paksu! Then, twins ckp *Ini bukan tipu tipu lg, tapi realistik. HAHA, mengong je kau. Then, mmg betul pun papa and mak semua dah sampai. HAHA, aku pun excited lah en? Tapi takde lah mcm beruk -.- HOHO, first person yg peluk papa twins lah, adoi. CHILL BRO! aku yg third then mama fourth. HAHA, soryyy mama!


Tahun ni raya pakai jubah wey. WHOOOO, wait and see. Paan *Sabar jelah, nak buat mcmane dah hilang en? Tu lah, lain kali jgn careless lg okay?



p/s : hmm, mishyou.

Monday, May 30, 2011

How could I tell you?

miss you, pa, mak, atuk. I'll waiting for you all tonight okay? mudah mudahan Allah selamatkan perjalanan diaorg, amin. hmph! gila rindu kot kat hangit! missyou SMKSJ2! Please ambil masa untuk study dgn aku, takkan kauorg busy memanjang kot en? -.- Aqish, Mira, Faryn, Qamarina, Azie, Emira, Shafiqah, happy holiday and study okay? HAHA, 2 in 1 :D TAKE CARE!




p/s : talkingg to you, IMYILYMORE!

Sunday, May 29, 2011

Wey,

HAHA, esok papa dah balik! Yeahh! Alhamdulillah, kerja kursus dah nak siap. Tinggal karangan tu jea :) Holiday pun kena lah study jugak en? HOHO, takpe lah. Tahun ni jea, we have to sacrifice for PMR. Tak kesah pun actually, tapi tak nak study sampai pecah otak *nanti lecturer saya marah ;p HAHA, results exam pun okay. Bersyukur sgt sgt.



p/s : I LOVE YOU!

Sunday, May 22, 2011

Awesome babe (Y)

Yeah, esok exam Science :) Study pun macam tak banyak je, haha. *Lu relax lu tenang ayat Paan. HAHA, kau mmg selalu relax je lah en? :p Hari Selasa haritu balik Paroi, then ramai cousins yg balik. Lepak je, tapi tak macam dulu dah. Dulu best gila kot -.- Sekarang semua dah besar, HAHA. Masing masing buat hal sendiri je, heihh! Then, hari Rabu pagi hantar papa pergi Airport. Yeah, mak and atuk pakcik and mummy yg hantar. Rugi je Farees tak ikut, dia kena buat show untuk Hari Guru dekat sch. Ians very annoying lah, HAHA. *PICCABOOOOO! HAHA, lepastu hari Jumaat tu exam Sej and KH. Whoooo! Alhamdulillah, not bad :D


Petang tu en hmmmpphh...! Very the best evening wey! HAHA, nak tau? Tak payah lah eh, HAHA :p Thank you for everything on that DAY! sumpah happy :D leeebbbbiiiuuuuu the MOST!!!




p/s : Ya Allah, lindungilah papa, mak, atuk, makngah, tokngah & wan mom. Amin Ya Rabbal Alamin. *You jangan nonsense okay dekat sana ;) Pinky bear!

Wednesday, April 27, 2011

I'm back :)

Yeahh, too long no blog and online. Tapi chill je, HAHA. Busy dgn kerja yg patut dibuat. Setelah banyak dugaan yg aku hadapi, aku berdoa punya berdoa then berpindah randah berbagai. Finally, alhamdulillah. Back to normal :) Bersyukur sgtsgt, even mcm kap lam ya nga. Terimakasih ALLAH, mama and papa pun marah gila dgn sikap aku. Tapi, diaorg tetap sokong aku :) LOVEYOUBOTH MA PA. Everythings gonna be okay :) Hadapi dgn penuh kesabaran lah en? Semua dugaan mesti ada hikmahnya.


Semalam, aku membuat perjanjian dgn mama and papa dlm kereta. Time tu otw nak pergi mkn dgn mak and atuk. Aku ckp dgn kuat and sejelasnya. HAHA, dlm kereta tu ada aku, mama and papa je. Nak jemput mak and atuk dkt Paroi, bawak prgi mkn. Aku ckp mcmni dkt papa and mama *Pa, lepas raya papa boleh tlg save kan duit kakak? Papa jawab, *untuk? Aku pun ckp *Kalau kakak dpt 8A's dlm exam, kakak bernazar nak pergi umrah. Then, papa and mama dgn lajunya menjawab *Eh, bolehbolehboleh. Kakak dah nazar tau, so takboleh main main. Yeahh ma pa, kakak serious! :) HAHA, aku jealous sbb papa nak pergi umrah 18th May ni. Takpe pa, next my turn okay? HAHA

Aunty sudah mula rindu kami and SI DIA :)



p/s : ALHAMDULILLAH, Allah Maha Adil.

Sunday, April 3, 2011

Alien :)



Happy Birthday boy! ILOVEYOU, may ALLAH bless U dearest.


p/s : More photos on FB.

Friday, April 1, 2011

Dear god,

Td g tuition dgn mate bengkak. *maluu je kau Farra. Madee tanye aku kenapa, then aku ckp "NANGIS" HAHA, takboleh tahan dah. Banyak gila problem aku seriously. Hmm, aku try hadapi semua ni dgn baik. Td, belaja Reproduction dlm class. The boringgg topic! Tp best lah jugak en? HAHA, teacher ckp *You all must tream the pubic hair, either girls nor boys! HAHA, then Thaqifah tanye *Ape teacher? Takfhm, HOHO. Kau mmg sengaja ke ape wehh? :D Takpe lah, belaja en? HAHA, then Aini yg agak open tu pun tanye *Teacher, laki pun ade pubic hair? HAHA, siott lah kau. Then, semua gelak jea la. Teacher ckp, if kita tak cut off nanti ade kutu and kelimomo *betul ke spelling aku? WHATEVER :) Aku pun tanye, *If kita guna shampoo boleh teacher? HAHA, semua pecah perut jea. Salah ke wehh? Tak en? So? HOHO, teacher pun ckp *Eh, can lah. HAHA, but cut off is better than shampoo.





Esok, semua kwn kwn aku SMKSJ2 g library. Kesian gila, diaorg ajak aku. But aku pulak ade class, sorry guys! :( Aku nak sgt layan kegilaan kauorg tu. SUMPAH RINDU!!! tp, aku takboleh miss class tu. Takpe, nanti kita mesti dpt jumpa. TRUST ME DEAREST, misss yaaa moree mucchh and the mossttt!!

Sunday, March 27, 2011

Love ya all seriously :)



Firstly, to bebek Dekdan yg telah menolong cuci pinggan di dapur. *KESIAN dia, rajin gila wehh. Thanks sgt ok Dekdan? HAHA, to boys, sorry taktype nama. So ramai *Thanks ok? Aku hargai kehadiran kauorg. Tapi aku agak sedih la, sbb perempuan sorg pun takdtg. NVM, aku taknak pk panjang. Aku fhm :) Aku harap sgt sape yg dtg mlm ni semuanya happy. And sorry to sesape yg tak happy. Aku try nak buat kauorg semua happy. Yeah, aku rase aku gagal -.- Hmm, Armi touching sbb sorg perempuan pun takdtg. Kau chill je ok Armi? Aku dah ajk diaorg, tp diaorg yg busy. Takpe, aku taktau nak ckp mcmane lg dah. Kau mmg baik gila babun lah Mi! Tlg bgtahu aku if kau tak happy ok? Thanks for coming. Kau takpenah takdtg en? :) To U, * thanks a lot dear. I'm appreciate for Ur coming with others :) Sorry, sbb bgtahu last minute. I hope U enjoy and happy ok? Please tell me if U're not in happy mood ;) Thanks a lot.



p/s : Syed happy tak mlm ni? Naufal? Ijat? Armi? OMG! Honest la ok?

Thursday, March 24, 2011

Hunny Bunny.

CONGRATS TO ALL EX-SPM STUDENT 2010! yeah, kauorg hebat :) U, terer la en? HAHA, I'm proud of U. Sy suka dgn pilihan awk *GILA SUKA. Teruskan ok? GOOD LUCK! I'm here always support U ;)To Sha *Lulus jugak en? Ok la tuh :)



Hey bunny, miss ya ok? Hmm, PEACE je ni :) RINDU dgn ur 'nonsense'!
SMKSJ2, aku rindu kauorg seriously -.-




p/s : Who's naughty? Let's BOM it! HAHA

Saturday, March 19, 2011

Enough la doe.

Wehh, aku penat. Then, kau buat aku badmood tau? Cukupla doe, aku taknak la nak panas psl benda 'KARUT' ni lg. Cukup ok? GROUP MOKHDAR, ingat Farra Dhalia yg kauorg kenal ok? SYG kauorg gila kuat, to Icha *Ingat aku yg selalu kejut kau bangun subuh even selama 7 hari :) Aku takdpt nak lupakan our memories. Never. SERIGALA THE BEST en? Takkesah la walaupun kalah :p aaaaaaaooooooowwwwwwwwwwww......




p/s : belaja lg bagus, siot -.-

Saturday, March 12, 2011

Its fine to me.

Tak perlu buntu ok? Hmm, chilllll! It will never end. I don't mind, aku gila syg kau. Sabarrrr, HAHA. Bengang jea wehh, alah. FB mmg suka buat masalah, so takpayah la nak ckp lg en?




p/s : I need privacy :D HAHA, budget je!

Cool babe.

Hey dearest, HAHA. I'm feeling better now :) Nak cerita ni, esok aku g Rawang. Oh god! Rindu la aku dkt rumah and semua org. Semalam sch seperti biase, but tak belaja pun. Then, ptg tu I'm outing for a while :) Dgn sape doe? *Takpayah tau la en. HAHA, mama yg hantar. Saje nak chill ;p Best gila, HOHO. HAGS takde lah -.- Sbb dah fair maen bowling 2 game. Then, time tgh maen bowling tu. Trjumpa pulak dgn cikgu sch rendah, sumpah rindu!! Cikgu Shima and cikgu Shida :) Firstly, aku and si dia tgh pakai kasut bowling. Then, ade someone diri dkt depan aku. Dia pandang jea *CUAK DOE. HAHA, pastu aku pun pandang la en. Fuhh! Gila surprise, aku terus slm. Then, maen bowling dgn ZAQUAN ADHA :D *aku taktipu -.- HAHA, SIOT JEA WEHH! Dah abes maen bowling, jln jln. Then, ade bg somebenda dkt dia *power ayat aku en? HAHA, aku suruh dia mkn. Then, dia nak bwk tido. Up to U lah ok? ;)





p/s : Thanks to Aunty Ann yg telah membantu sy buat album :) Thanks to Madee and Eyman yg telah memaksa sy untuk pulang ke SMKSJ2 :) Thanks to lalalala yg telah balingkan bola bowling untuk sy at the second game ♥ Thanks to cikgu yg telah memberi sokongan pada sy :) THE SOUR CUPCAKES :P

Tuesday, March 8, 2011

Nak lepaskan semua.

Oh god! Sumpah tak tahan nak pendam lama lama. Aku tak boleh kuat lg :'( Rase mcm nak jerit kuat kuat then, should I cry? :'( No, no need Farra. Allah ade yg boleh tabahkan aku. Aku akan terus berdoa :')





p/s : dont ask me why, SORRYYY!

Friday, March 4, 2011

Annoying.

Yeah, firstly aku nak brsyukur jap. Alhamdulillah, HAHA. Exam dah selesai dgn baik. Aku brsyukur sgt sgt :)


Lately, aku asyik kene drop jea. Even sch or tuition. Dkt tuition, ade sorg abg India ni. *aku panggil dia abg HANDSOME :D HAHA, kesukaan aku memanggil abg itu dgn gelaran HANDSOME. Dia suka pandang aku then senyum yg MENGGODA -.- HAHA, budak tuition aku ramai yg scandalkan aku dgn dia *suka hati mak bapak kau jea nak scandalkan aku en? HAHA, siot betul. Time abg HANDSOME tu hantar pass dkt class aku, mesti diaorg pandang aku then gelak. Pahal wehh? Kauorg buat aku blushing tau? Cikgu pun trtanye tanye. Aduh, Aini and Madee lah paling over. Takpe, aku chill jea ni -.-


Then, semalam dkt sch. Tgh buat revision, tapi class mmg bising gila babun lah en? Aku buat taktau jea lah, pastu cikgu masuk. Cikgu nak bg kertas pe tah, then sebut nama aku FARRA NUR. HOHO, cikgu saje takde keje nak tukar name aku. Pastu, Syafiq tibe tibe jea ckp *Cikgu, jgn panggil Farra mcmtu la. Terase dia, panggil dia nurfarra HALIA. *Whooooo, bengong jugak kau ni en? HAHA, budak lain semua gelak jea -.- *PANAS doe, nasib baik la aku boleh cool ;)




p/s : I M Y.

Sunday, February 20, 2011

I don't mind.

Yeah, tadi tgh study. Then, mama Malis ckp dkt mama *Misha, kau taktau ke anak Rozi kene tumbuk dkt asrama MRSM Kuantan? Tadi paklong Jun baru call mak. Then, mama ckp *Yeke? Taktau pulak Misha. Kak, Ammar ade msg kakak? Then, aku jwb *Takde pun. Okay then, aku trkejut gile la en. Sbb semalam dia baru text aku ckp psl study. Then, tadi dia dah kene. Aduh, serious aku takcaye. Aku terus text dia, then dia ckp "I'm feeling a little dizzy." Okay then, aku tak ckp pun psl kene tumbuk tu. Pastu, dia ckp yg dia demam -.- Bila aku tanye, dia taknak ngaku pun. OMG, asal kau taknak story jea doe? Heihh -.- Takpe la, maybe ade sbb kau taknak bgtau aku. Anyway, take care. Anythng bgtau aku :)


p/s : I'm worry about U.

Saturday, February 12, 2011

You,

Hari jln seperti biase, and makin hari makin ramai kwn SMKSJ2 yg aku trjumpa. Yeah, haritu jumpa Che. Then, hari Khamis aku tuition English Class. Armi pun ade dsitu :) Haritu aku g kedai, then trjumpa Naufal, Eyzam and Ebal. *Whoooo thank god. Aku brsyukur sgtsgt, even dpt jumpa sekejap jea. Hilang rindu aku dkt diaorg, Naufal dah tinggi doe. HAHA, dulu same tinggi dgn aku. Now, kau yg banyak calcium :) Takpe, kita lwn okay? HAHA, dulu kau taknak senyum dgn aku pun. Tah ape yg kau nyirap dgn aku pun aku taktau lah, but now kau senyum dgn aku sampai ke telinga. *LEBAR WEHH :D
HAHA, takpe. Tu baru trserempak en? Nanti kita jumpa ramai ramai straight to the point ok? HOHO



p/s : miss ya all friends.

Tuesday, February 8, 2011

Merepek.

Tadi ade latihan rumah sukan, then aku balik pukul 06:30 dgn kembar sekali. HAHA, then bila dah abes tu. Aku duduk dkt BPA, buat h/w. Pastu, Danish and Farees dtg dkt aku. Diaorg teman aku buat h/w :) Diaorg pun buat lah sekali en? HOHO, then kwn kwn Farees semua lalu and ckp *Woi, kau buat ape ha? Dating dgn awex ke? HAHA, aku pun pecah perut lah time tu. Yeah! mmg aku ni GF Farees lah en? Aku wonder betul dgn kwn diaorg ni. Aslkan aku jalan dgn Paan jea, kwn dia ckp *Kau curang dgn Ras eh? -.- Merepek lah doe. HAHA, enough. For ur information, I'm twin's sister ok? *PAYAH BETUL -.- HAHA



Oi! HAHA, best gila ni. Tadi aku jumpe Che yg dicintai :) *Whooooo rindu gila babun dkt kau doe. HOHO, dah lame taktengok muka kau. So lain mcm lah sikit en? Its different as before. I mean, U are pretty! HAHA, syg kau tahap kucing parsi :p


Sorry la wehh, aku tak sombong yg kau sangkakan okay? Aku dah penat la doe, kau ckp aku sombong la pe la. Padahal, aku dah senyum dkt kau. Its not enough to U? Oh, ok. SORRYY -.- Maybe aku jea yg busy, yea. Mmg pun, aku rase mcm dah tak mcm dulu. Yg nak enjoy sana sini, now my time is full pack!




p/s : potong and layer same lah en? *BUEK MALU JEA EKAU FARRA -.-

Sunday, February 6, 2011

you,

The best McD.

Dia text aku then tanye dkt mane. HAHA, aku pun wonder lah en. Aku pun reply text dia, then ckp dkt rumah jea. Dia ajk aku g McD *Whoooo, tuhan jea yg tau betapa gelabahnye aku. HOHO, aku pun tarik nafas slow slow. Pastu, jumpe papa and mama. Mintak permission dulu en? Green light wehh! :D HAHA. Pe lg, jln la en. Dia, kakak and adik dtg jemput aku *susah jea -.- Then, around 09:30 p.m dia sampai. Terus g McD, jam gila doe. HOHO, chill jea. Anyway, nice to meet U all and tonight is the best night for me!


p/s : Thankyou so much more! Ily tengit :p